Monday 25 January 2016

CINTA.







Rapuhkah hati?





" Seketul hati ini telah dahulu dimiliki Dia yang menciptakan cinta. 
Tatkala dijenguk cinta --
aku terpinga-pinga.

Indah, namun ada resah.
Andai benar cinta ini atas landasan cinta kepada-Nya
Pasti hati yang seketul ini dibiar dengan rasa tenang dan aman."

:- inspiration from Budak Mato.


Tuhan, perteguhkan langkahku!


HEARTLESSKAH KITA ?



Lama rasanya tidak nukilkan sesuatu di sini.
Rindu.
Haha.


Cuti semester enam minggu. 
Tapi aku rasa hanya beberapa ketika sahaja aku buat benda-benda berfaedah.

Ah, manusia.
Bila dah hilang--
baru tahu erti menghargai.
Selalu melupakan yang lima sampai datang lima yang lainnya--
baru nak beringat semula.

Ah, manusia.
Bila dah tua baru tahu nikmat masa muda.
Bila dah miskin baru tau erti kaya.
Bila dah sakit baru tau apa itu nikmatnya sihat.
Bila dah sempit baru faham nikmat masa lapang.
dan--
Bila dah mati baru tau apa sebenarnya hidup.

Manusia.
Manusia.
Manusia.

KITA memang sering alpa.

Ahahaha. Entah apa aku merapu pun aku tak tahu XD

Sebenarnya, cuma mahu cerita.
Apa aku jumpa dekat timeline seorang kawan aku.
Luaran--
nampak biasa.
Bila dah kenal --
Ahh jeles gila !

Dia macam aku.
Orang biasa-biasa.
Duduk di negeri sama.
Mungkin sebab tu, banyak yang kami sama.
Cehh, ayat bajet sweet.

Cuma nak tanya--
Korang tau tak siapa orang yang paling heartless kat bumi ni ?

Pencuri ?
Pembunuh ?
Penyamun ?
Peragut ?

Kata aku, orang yang heartless --
orang yang buat dosa tapi tak rasa apa-apa.
Aku yang kata --
dan aku sendiri yang paling sakit ditampar kata-kata sendiri.
Deep.

Tapi --
Kata dia, orang yang paling heartless --
orang yang merokok.
Yup, perokok.

Mula-mula aku pun tak faham.
Tapi bila dia bagi aku sebab, baru aku nak percaya.

Kalau yang buat dosa, buruk yang dapat--
hanya dia.
Tapi kalau merokok --
dia dapat,
orang lain pun tercalit dosa sama.
Dosa mengutuk.
Ahahaha.
Gurauan semata.

Nah, sini aku senaraikan sebab kenapa perokok orang yang paling heartless ; hati batu.
Kalau yang terasa --
maaf aku pinta.
Tapi bagus juga, masih punya kesedaran dalam diri anda :)



KENAPA SMOKERS LAYAK DIGELAR ORANG PALING HEARTLESS ?

  1. Merokok dalam rumah sendiri. Tak ingat bahaya diri. Anak. Bini.
  2. Merokok kat dalam rumah orang, sedangkan pantang keturunan orang tu ada asap rokok dalam rumah dia. Apapun tak boleh.
  3. Hembus asap sesuka hati. Tak tengok kiri kanan depan belakang.
  4. Tak peduli efek kat si tua , si lelah dan si ibu yang mengandung.
  5. Tak amik kisah reaksi orang lain walaupun orang tu dah kibas-kibas dengan kipas sebesar payung.
  6. Buat dek je walaupun dah berlambak-lambak kempen dan iklan rokok. Pastu, orang yang tak tau apa-apa salahkan kerajaan dan kementerian. Apakah ?
  7. Tak pernah cuba nak hilangkan tabiat ( seseengah smokers ). Awak, persoalannya bukan ada atau tidak perubahan tu. Tapi, nak atau taknak ? Sebab dengan 'nak' itulah akan wujudnya 'ada'. Okay ? Senyum :)

Kata kawan aku:

" ... pleaselah bagi full effort untuk buat tabiat tu. Kalau encik tak kisah jantung encik, saya kisah jantung saya. Chill encik. Kita hidup selangit. "



***

Kenapa aku tulis ni ?
Entah.
Aku sendiri pun tak tahu kenapa.
Cuma--
bila ilham datang, sayang kalau tak curah.

Gitu kot ?

Senyum sampai telinga.



Friday 24 January 2014

PANDAI ?


Bismillahirahmanirrahim ,
Maka, aku buka post ini pertama-tamanya dengan nama pemilik nyawa aku ini :)

***




Aku tahu, manusia itu ragamnya banyak
Aku tahu , manusia itu tiapnya ada perangai sendiri
dan --
Aku tahu, manusia itu ada pendapat peribadi
dan --
Manusia itu manusia
ada rasa
ada jiwa

Alhamdulillah, Allah dah bagi baaaaaaanyak sangat nikmat kat aku.
Nikmat keluarga
nikmat pelajaran
nikmat keamanan
dan banyak lagi
Yang utamanya --
nikmat Islam itu sendiri


" Maka, nikmat yang manakah yang kamu dustakan ? " 
- ar Rahman : 13

Ayat tu Allah ulang banyak kali
banyak. sangat.

Kadang-kadang aku pun terlupa
aku pun manusia
dia pun manusia
dan --
lumrah manusia akan , wajib buat kesalahan
itu yang aku cuba sematkan
supaya aku sentiasa husnuzzon (bersangka baik ) dengan orang lain
memang payah
sangat payah
tapi, kita boleh sama-sama cuba kan ? :)

***
       Satu haritu, aku berborak dengan A ni, dan apa yang diperkatakan mengejutkan aku. Dia kata taknak jadi pandai, cukuplah sekadar ada ilmu. Atas sebab munasabah apa, aku pun tak tahu. But, believe me, aku agak geram dengan apa yang dia bagitahu. Tapi yelah, tiap manusia ada pendapat sendiri kan ? *husnuzzon jelah *.

Aku hormat pendapat dia. Manusia itu berbeza dengan yang lainnya. Aku faham konsep tu. 

Ok, aku jelaskan.

Memang, yang diperintahkan kepada kita hanyalah untuk menuntut ilmu
Allah tak kata kita mesti jadi pelajar yang pandai gila sampai dapat anugerah dekan bagai.
Allah tak suruh kita mesti jadi pelajar yang pandai sampai masuk universiti bagai
But, sebagai muslim yang nak bangunkan Islam,
bukankah ilmu yang banyak itu sedikit sebanyak dapat membantu ?

Maka, kalau sebegini pemikiran sebahagian dari kita
Aku minta, buang lah jauh-jauh ke afrika sana
Kita tanam begini dalam hati kita
Kita sempitkan pemikiran kita sebegini rupa
Maka --
jangan tanya kenapa orang Islam di mana
Maka --
jangan pelik kenapa sebahagian orang yang ilmunya ada, tapi akalnya tak diguna

Okay, tulisan ini aku nukil dengan penuh perasaan
Sekadar tempat luahan rasa
Sebab, aku tahu
manusia ini ada jenisnya yang boleh terima pendapat orang lain
dan yang segolongannya lagi, langsung tolak tepi cara fikiran orang lain

Jadi, antara hadis / ayat Al-Quran yang agak terkenal dalam menuntut ilmu ni ada banyak, yang aku hafal cuma beberapa, itupun cuma mafhumnya :

  1. " Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad "  
  2. " Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim" - Hadis
  3. " Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui ? " - AQ
  4. " Bacalah ! Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan " - AQ
  5. " Barangsiapa menuntut ilmu , maka Allah akan permudahkan jalannya ke syurga .." - Hadis
  6. dan banyak lagi ..


Tapi, kita kena ingat
Apa tujuan kita tuntut ilmu ni, tapi sekadar nak ilmu
Ok, maksud aku begini
Aku bagi analogi :

Ada dua orang pengemis ni, dia lapar sangat. Dah seminggu tak makan. Tiba-tiba, ada orang bagi yang pengemis A ni, roti sekeping. Yang B ni pulak, orang bagi dia makan satu bucket KFC , dengan pizza, dengan nasi ayam segala bagai * hamboihh *

Agak-agaknya, mana yang lagi untung ?
Mestilah B kan ?
Dan rasanyalah kan, yang pengemis B nak ke share dengan pengemis A ni tadi walaupun pengemis A tu tak datang mintak ?
Dan, kalau aku pun di pihak B, mungkin aku akan makan kenyang-kenyang dan simpan yang lain untuk masa lain.

Same concept applied here, dear.
Mungkin sedikit tak kena, tapi aku harap apa yang aku nak bagitau itu sampai.
Bila kita dah diberi peluang dan ruang untuk tuntut ilmu,
Kita belajar sungguh-sungguh
jadi orang yang betul-betul pandai

Sebab apa ?
Kitalah engineer ummah
Kitalah pewaris ulama
Kitalah yang akan pegang tampuk pemerintahan suatu hari nanti
dan --
kitalah yang akan mencorakkan masa depan negara 

Menjadi pandai itu tak wajib
Tak berdosa pun kalau tak pandai
Tapi --
menuntut ilmu itu wajib ye sayang

Aku begitu berpegang kepada : " aku belajar bukan sekadar nak ilmu, tapi aku nak betul-betul pandai supaya aku dapat menyahut seruan Baginda s.a.w untuk menjadi al-Fateh abad ini ! "

Itu yang aku tanam, dan --
aku cuba untuk realisasikan
Betul, nombor pada papan markah itu orang kata tiada makna
tapi , bagi aku
ada makna
itulah maknanya apa yang telah kau usaha
dan --
ada pengajaran dalamnya yang Allah nak kau terima dan belajar
simple thing
tapi yelah ,
sebagai manusia, kadang-kadang kita terlalu alpa dan leka

dan, sebagai penutup
aku nak share satu hadis yang aku kira sangat memberi kesan kepada diri ini
mohon salah silap andai tulisan kali ini tak mampu diterima akal
sekadar kongsi pandangan semata :)

hadis ini :

من يرد الله به خيرا ، يفقّهه في الدين 
" siapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, maka Allah akan faqihkannya dalam agama "



dan ini --

النـــــاس معادن ، خيارهم في الجاهلية ، خيارهم في الاسلام إذا فقهوا

" manusia itu logam , terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilihnya mereka semasa Islam apabila mereka faham / tahu "


hadis ni namanya hadis logam
hadis ini secara ringkasnya nak bagitahu kita
untuk gunakan kelebihan yang kita ada , sebagai kekuatan diri dan keistimewaan untuk umat Islam
kisah paling senang, kisah Saidina Umar
semua orang tahu dah, Saidina Umar seorang yang saaangat tegas dan garang
sehinggakan syaitonirrajim pun takut 

fuyoooh ! macho gilaaa * mata bintang-bintang *

Saidina Umar menggunakan ketegasan beliau ketika sebelum masuk Islam dan selepas menganut Islam
Sebut je nama Saidina Umar, meremang bulu roma orang yang mendengar

fuhh .. hebat !

Maka, itulah yang kita mahu
Kita tuntut ilmu
Kita jadi orang yang faqih dalam ilmu tu
dan, kita gunakan untuk kepentingan umat Islam
Okay ?
Buktikan kepada masyarakat dunia
bahawa Islam itu agama yang baik
bukan agama terorisme
bukan budaya eskapis
dan bukan sekadar sejarah yang telah kian pupus

Kita Islam ! 
dan kita perlu buktikan !

akhir kata ; 




lagu ini asalnya adalah syair arab :)
bahasa arab so sweeett !









Tuesday 14 January 2014

ALIF. MIM. ALIF. NUN. TA MARBUTHOH :)


Bismillah ..
Maka, post kali ini aku buka dengan nama pemilik nyawa aku, dia dan kamu ..

Sekarang ni, IPIS tengah demam PRK ( Pilihan Raya Kampus )
Maka --
dengan sebab itu, terdetik aku nak menulis tentang perkara berkaitan which is amanah.
Bukan setakat berkaitan dengan PRK atau jawatan yang menjadi rebutan,
bahkan --
hidup kita sendiri ini pun sebenarnya amanah dari Allah
tubuh badan kita yang gebu atau kering macam lidi ni pun kurniaan dan amanah dari Dia.
Tahu ?


Jadinya, kita memang kena jagalah kan ?
Bukan memang, tapi WAJIB ye sayang ... :)

Aku cuma ingin berkongsi apa yang aku rasa bila masuk sem dua ni.
Siriyes, banyak sangat amanah yang aku rasa 
perlu untuk aku pegang betul-betul kali ini.

Untuk PRK, setiap kelas hantar kena hantar dua orang calon ( lelaki dan perempuan )
Siriyes, semua orang tak mahu pegang.
Kalau nak jawatan hanya nak glamor,
anda memang boleh terbang ke afrika sana
tak payah join PRK kali ni.
Gila! kalau amanah untuk memegang ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) hanya untuk glamor,
aku pun nak.
Kalau amanah tu tak bersangkutpaut dosa pahala
aku pun nak.
Ahaha.

Walaupun nampak amanah sebagai JPP tu macam cenonet je,
percayalah kata aku,
boleh jadi amanah yang kita rasa cenonet inilah yang menjadi penentu kita ke syurga atau neraka.
Bayangkan --
bila pegang amanah ni,
orang kata ;
satu kaki di syurga, satu lagi kat neraka.
Kita ( aku sendiri pun ) pun tak tahu banyak mana dosa kita,
entah sebukit Uhud,
entah setinggi Everest,
entah sepenuh ruang langit dan bumi ?

Haihh .. *insaf*

Lepastu,
tambah pulak dengan amanah yang kita jalankan dengan sekadar hangat-hangat tahi ayam ?
Agak-agaknya lah kan,
ke mana akhiran kita ?

Aku sendiri
sejujurnya rasa aku ini tak selayak mana
lepastu diberi tanggungjawab menggalas beberapa amanah yang aku rasa sangat berat
maybe lagi berat dari batu bata yang buat piramid Giza kat Mesir tu.
Ditambah lagi dosa yang aku sendiri rasa banyaknya dari rambut kat kepala
Memang menakutkan aku.

Jadi,
lepasni, aku harap takkan ada amanah yang berat-berat menanti aku lagi
Aku bimbang --
saat melangkahnya kaki ingin ke Syurga,
kaki aku ditarik oleh amanah yang aku tak betul-betul jalankan
Na'uzubillah.

***
Lumrah manusia memang begitu;
suka diberi amanah, tapi laksananya tiada

Nak dengar satu cerita ?

Hmmm .. ceritanya bermula begini ;

Allah berfirman: 
“ Sesungguhnya telah kami berikan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, lalu mereka enggan memikulnya dan takut menerimanya, kemudian amanah tersebut dipikul oleh manusia.”
Al-Hasan telah berkata

“Allah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung lalu Allah berfirman; “Jika engkau laksanakan dengan baik (amanah) maka bagi engkau pahala, sebaliknya jika tidak bagi engkau seksaan.” Lalu mereka berkata; “Kami tidak sanggup!” Mujahid berkata; “Ketika Allah menciptakan Adam, ditawarkan amanah itu kepadanya. Penawaran kepada langit, bumi dan gunung-ganang adalah berupa pilihan bukan ketetapan. Sedangkan penawaran kepada Adam adalah ketetapan.” Al-Qoffal dan lainnya berkata: “Penawaran di dalam ayat tersebut adalah suatu yang indah di mana langit, bumi, gunung sekalipun besar masih tidak sanggup menerima amanah sebaliknya manusia sanggup memikulnya.

Ibnu Abbas berkata :

amanah itu ditawarkan kepada Adam lalu dikatakan kepadanya; “Jika engkau taati engkau akan diampuni sebaliknya jika engkau derhaka engkau akan disiksa.” Adam menjawab; “Aku sanggup mentaatinya”. Namun tidakpun sampai pun beberapa jam Adam telahpun menderhakaiNya dengan mamakan buah khuldi yang ditegah untuknya.

***

Maka , aku rasa semuanya cerdik-cerdik belaka
boleh fikir sendiri apa yang mahu aku sampaikan, kan ? :)

Nadiahnoor says:


" Tak salah untuk kita pegang amanah. Sedangkan dari dalam rahim ibu kita sendiri kita telah menerima amanah dari Allah untuk beriman kepada-Nya ( 7:172). Cuma, dalam laksanakan amanah kita, biarlah kita jalankan dengan penuh tanggungjawab dan takwa. Ingatlah, amanah itu boleh menjadi penentu ke mana akhiran kita. Orang yang cinta akan Allah, insyaAllah akan dijalankan tanggungjawab yang diamanah. Dan kita sendiri jika bukan menjadi orang yang diamanahkan, kita cuba bantu pemegang amanah tadi untuk betul-betul lakukan amanah, bukan sekadar kutuk mengutuk macam kita sendiri yang bagus sangat * sentap bro ! * "



Ok, agak macam syarahan yang kat atas ni..
Cuma buang tabiat sikit malam-malam buta ni
ni mesti kesan dari sem ni WAJIB amik subject addmath >.<
Ahahaha, bak kata omputih ;
" only fool blames his tool "  (sendiri tulis sendiri terasa -,- )

Akhir kata --
sedikit petikan dari surat cinta Ilahi ;
" Sungguh, Allah menyuruhmu menyerahkan amanah kepada yang berhak menerimanya... " 
( 4:58)





Thursday 19 December 2013

A :)









Harini penuh newsfeed fb aku pasal result PMR.
PMR
dan--
PMR.

Ada yang menangis tak dapat stret A.
Yang dapat pun sama jugak menangis.
Adik aku tak dapat, tapi dia tak menangis. 
Ahahaha. aku tau dia cover je tu.
Cehhh, bajet psikik pulak.

Bagi aku, tak kisahlah banyak mana A hang dapat ; sebillion A sekalipun--
tapi,
kalau akhlak hang C+, 
Maaf, tapi bagi aku takda guna.
Sikit pun takda.

Even hang dapat 1 A sekalipon,
tapi,
akhlak hang tahap A+,
hang still terbaik !

And kalau hang A+ dua-dua,
hang memang lejen !

A bukan pengukur yang tepat untuk kehebatan seseorang--
kata aku.

Tapi --
pengukur sebenar ialah akhlak.

Sebab, hakikat sebenar pembelajaran ,
bukan sekadar nak lahirkan manusia-manusia yang A+ secara teori semata.
tapi--
A+ secara praktikalnya juga.

Aku tahu --
Kita nak dapat stret A untuk bahagiakan parents kita.
Aku tahu --
Kita nak dapat stret A untuk bahagiakan diri
Aku tahu --
Kita nak dapat stret A supaya boleh jejak masuk SBP.
dan aku tahu --
Kita nak dapat stret A sebagai bukti kita boleh berjaya tanpa kira pangkat, darjat, harta ataupun rupa.

Bagus, aku puji niat kita itu.

Tapi apa-apapun, jadikanlah niat utama kita belajar kerana mahukan ILMU.
Then --
ilmu yang kita belajar tu pulak, kita amal untuk benda-benda berfaedah.
Nah, ini baru ilmu yang berguna bro !

Ada pulak, yang bagus--
amalkan ilmu yang dia belajar .
tapi--
salah arah pulak.
Kalau gini, parah jugak ye tak ?

Contohnya --
Dia ada ilmu fizik yang superb.
So, dia pun gunakan kiraan untuk tentukan sudut yang tepat agar mercun bola tepat kena atas kepala anak itik Tok Wi.
Haa, kalau gini tak bolehlah bro.
Kesian anak itik Tok Wi tengah mandi dalam kolam, 
tok Wi nak selamatkan pun tak boleh, sebab Tok Wi tengah sakit sendi tulang,

Ok, merapu ( tengah teringat lagu anak itik Tok Wi)

Pesan senior aku yang supersaiya ;
" Jadikan ini sebagai alat, bukan matlamat"

Kata kawan aku yang cun melecun kau memang daboom ;
" Takde sebab untuk kita berduka, sedangkan hidup kita 15 tahun ni pun Allah bagi percuma tanpa perlu kita minta. Keep smiling :) "

Dan kata aku ;
" Dia bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Yakin dan percaya, Dia pandang bukan pada hasil, tapi pada usaha "


Akhir kata--
Yang bersyukur sama ada berjaya atau tidak, TAHNIAH !
Yang tak bersyukur sama ada berjaya atau tidak, TAKZIAH !

Sebagai hamba yang marhaen, kita diberi apa yang kita perlu, sayang :)
bukan--
apa yang kita mahu.

Relax ! Ini semua P&P buat kita !
Pilihan kita --
mahu menjadikan ini sebagai tauladan,
atau --
sebagai sempadan ?

We, humans, choose :D

So --
I choose pokemon ! XD

Wednesday 18 December 2013

BETTER US :)




Labuh itu --
SEMPURNA :)


***
" Awak amik kos agama eh ? "

" Awak ni mesti budak sekolah agama kan ? "

" Awak ni anak ustaz ustazah eh ? Patutlah ... "

" Ni mesti stok-stok budak study kat timur tengah ni ... "

" Weh, dah macam khemah aku tengok. Ahahaha "

" Ni aku rasa nak buat langsir pun cukup ni "

LABUH --

Ahahaha. 
Mungkin salah satu ayat tu kita pernah gunapakai bila jumpa budak-budak LABUH ni, kan ?
dan --
Mungkin juga, kita antara orang yang selalu dengar ayat ni dari mulut orang lain.
Ye tak ?

Meh, aku nak cerita.

***

Dia budak biasa.
Sekolah biasa.
Keluarganya pun biasa-biasa.
Rupa pun biasa-biasa.
Semua biasa ...

Tapi, satu benda.
Dia suka tengok pakaian orang yang labuh daripada biasa.
Berstongan ( stokin tangan ).
Berstokin.
Tudung bulat.
Pakaian bersyariat.
Wajah jernih--
bagai dia tak punya satu jahat.
Niatnya, mahu menjadi begitu jua --
tak cantik di mata manusia,
tapi --
namanya disebut penduduk langit sana.
Mahu menjadi bagai Uwais al-Qarni katanya.

Dia mahu menjadi begitu --
tapi dia bimbang tak mampu.
Dia mahu --
tapi dia malu.

Ini semua kerna mulut manusia juga.
Bila ada yang berubah menjadi lebih baik --
ada sahaja yang busuk keluar dari mulut kita.
Sebab kita ini --
MANUSIA.

Ditelan mati emak. Diluah mati bapak.
Impian nak menjadi lebih baik, berkarat dalam dada semata.
Kerana --
mulut kita juga,
MANUSIA.

Namun, kalau sudah namanya hidayah Allah,
rugi kalau tak ikut --
kata hati.

Dengan berani --
dengan kepercayaan penuh pada Ilahi,
dia gagahi jua.
Tudung bulat disarung ke kepala.
Tangan bersarung.
Kaki bertutup.
Baju bersyariat.

Mula-mula, pedih juga --
dengar apa orang kata.
tapi--
dia cuma terus yakin dan percaya
ikhtiar dan usaha
kerna--
dia tahu Allah ada bersama.

Tiap malam.
Tiap ketika.
Hati terluka -- 
sembuhnya tiada.
Air mata sebagai bukti.
Bulan menjadi saksi.

Dia berubah bukan kerana manusia.
Bukan kerana dia.
dia.
mahupun dia.
Tapi kerana hati yang kata.
Bimbang sampai ke sudah --
tiada berubah.

Namun, baiknya Allah.
Sangat. Baik.
Bilamana --
dia kirimkan sahabat.
Yang terus thabat,
Yang sentiasa memimpin tangan kerana katanya 
ingin cinta mereka hingga ke surga.
ini baru benar dipanggil selayaknya sebagai cinta.

Nah --
benar kata bijakpandai.
Mujahadah itu pahit--
kerna manisnya Syurga--
yang kekal selamanya.

Nah --
benar kata orang bijaksana .
Nak berubah, jadilah bagai katak yang buta--
yang tuli juga.
Agar buruk orang --
kita tak lihat
Agar kata-kata pelemah semangat --
tidak kita dengar.
Telinga itu --
kaliskan sahaja.
Bukannya kita akan rugi apa-apa.

Pesan dia pada aku,
Bilamana hati kata 'berubahlah' ,
maka --
ubahlah diri menjadi lebih baik.

Bimbang andai waktu pemisah antara dua dunia--
dunia yang fana , dan barzakh sana 
tiba--
sebelum perubahan dimula.


Sekarang, cuba tanya diri --
hisab sendiri,
sudah berubahkah kita ?

Nah, tepuk dada.
Tanya ; apa khabar iman kita ?

Senyum. Tak perlu kata apa-apa.

***


Malukah kita untuk menjadi lebih baik ?

Jom, usha sini :D



Tuesday 10 December 2013

KERANA AKU CINTA MEREKA, TUHAN :)



PPISMP BA 1.01 2013
Kamilah penyahut seruan Baginda s.a.w untuk menjadi al-Fateh abad ini ! :D


R4BIA , Mesir : kami bersamamu ! :D




Bilamana ukhuwah itu terlalu indah, kelas pun rasa seperti rumah !

Ok, ayat hiperbola.



***
fauzanazwan.irfankhidif.kaknoorsyazrizaija.anisa.hafizahmarsufah.kakshahirazamari.syiqinosman. hanismutalib.nadiahnoor.rosediana.kakaniyahazmi.khairunisazulkanain.hamizasabri.sitihajar.  kakjublinajasmin.kakizzahyb.kakeenbali.hudahanani.farahaniatikah.sherarazali.

ITC GEN 10

JUMPERZ

SEMUA YANG MENGANGGAP SAYA SEBAGAI SAHABAT :)

***

Ukhuwah kita ini ukhuwah fillah--

Mengingatkan andai terlupa

Berkongsi suka dan duka

Gelak ketawa

Gurau senda

Kita ini ibarat satu jasad, cubit sebelah kiri

Belah kanan terasa jua

Andai Hasan al-banna itu kisah perjuangan,

andai Umar Abd Aziz itu kisah pemerintahan,

dan kiranya pada Bilal itu terkisahnya kehambaan

Maka, kuharap kisah kita ini kisah persahabatan.

Tak lapok dek hujan,

Tak lekang dek panas. 


Andai indahnya bunga kerana warna

Andai bulan indah kerana sinarnya,


Andai indah laut kerana biru airnya, 


maka, yakin dan percaya


betapa indahnya ukhuwah kita kerana cinta kepada-Nya !



KITA lah penyahut seruan Baginda SAW untuk menjadi al-Fateh abad ini !



***


Alhamdulillah, terima kasih Allah.
Sungguh Kau telah mengurniakanku sahabat-sahabat yang sangat baik.
Bilamana aku terlupa, pasti ada yang mengingatkan.
Bilamana aku berduka, pasti ada telinga yang ditadahkan.
Bilamana ada yang bergembira dengan nikmat, tak lokek mereka kongsikan.
Oh ! Terima kasih Tuhan.
Moga di Jannah-Mu jua tempat kami dipertemukan.
Hanya Kau yang tahu betapa cintanya aku pada mereka.
Terima kasih Tuhan..

- affectionately, nadiahnoor :D

***
Kalau berbicara soal sahabat, aku rasa semua orang pun boleh berkata-kata.
Betapa banyaknya sahabat yang dia ada.
Betapa kayanya sahabat-sahabatnya.
Betapa cantik wajah-wajah sahabat sekelilingnya.

Nah, tapi betapa ramai antara kita yang boleh yakin bahawa sahabat-sahabat yang dia ada sekarang itulah yang akan jadi sahabat-sahabatnya di Syurga kelak ?

Adapun dalam Al-Quran, Allah berfirman, yang bermaksud :

"Adapun pada hari itu ( hari akhirat ) sahabat-sahabat karib sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh) "

- az Zukhruf : ayat 67-

Siriyes kata, ini antara ayat al-Quran yang aku ingat. Aku ingat pun sebab kakak naqibah aku yang sebut masa usrah haritu. 
Cehh, aku rasa mereka patut bangga XD
Dan ayat nilah yang menyebabkan aku berasa takut --
aku takut sahabat-sahabat aku inilah yang menjadi musuh untuk aku nanti :(


Dan --
Aku rasa semua orang pun biasa dengar kot kata-kata ni :

" Diumpamakan rakan soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar atau mendapat bau busuk. "

Tapi, malangnya ada yang tersalah faham pulak dengan hadis tu.
Maka tak pelik bin hairan bilamana ada segelintir umat manusia zaman sekarang ini yang terlalu memilih rakan.
Sangat. Memilih.

Itu memang aku tak nafikan seratus tujuh puluh persen. 
Wajib kita pilih kawan yang baik, sayang.
Tapi dalam masa yang sama janganlah pulak kita sisihkan mereka yang baru nak merangkak keluar dari kepompong kejahilan--
 yang baru jumpa jalan keluar ke arah kebaikan.
Ok ?


Hidupnya kita kat dunia ni, bukan sengsorang.
Kita nak masuk syurga pun bukannya best kalau sengsorang
Bosan kot.
Bosan gila.
Cehh gaya macam pernah rasa je.
Ahaha.


Semua orang nak jadi soleh, solehah.
Tapi--
dalam masa yang sama, kita lupa untuk menjadi muslih, muslihah
Sibuk menjadikan diri baik.
Tapi--
terlupa menjadikan orang lain baik macam yang kita nak untuk diri kita.

Bukankah --
sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain ?

Bukankah --
Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri ?


Saya sayang awak.
Sebab itu saya nasihat awak.
Saya nak kita masuk Syurga sama-sama.
Awak pun sayang saya kan ?
Sebab tu awak tegur kalau saya buat salah.
Sebab awak kata awak taknak kita berpisah kat akhirat sana.
Kan ?

Sayangnya aku pada kalian,
yang tahunya--
hanya Tuhan.

Maka, dalam doa kita.
Jangan lupa selitkan doa untuk yang disekeliling kita juga.
Sungguh, doa kita buat mereka tanpa pengetahuannya,
Pasti Allah suka.


Aku yakin, inilah tulisan aku yang paling panjang setakat ini. 
Kalau ikut hati, aku taknak berhenti.
Kerana begitu jualah harapan yang aku sandarkan untuk semua persahabatan yang aku ada ini--
Aku nak persahabatan yang aku ada takkan putus
sampai bila-bila :)









Dan menulisnya aku ini kerana --

AKU CINTA MEREKA, TUHAN <3