Thursday, 30 May 2013

PERNAH TAK AWAK ?


Pernah tak, sampai satu masa tu awak rasa fed up sangat  ?

Pernah tak, sampai satu masa tu awak rasa macam nak jerit je kuat-kuat ?

Pernah tak, sampai satu masa awak nangis sampai bengkak mata sebab touching sangat?

Pernah tak, sampai satu masa awak rasa macam nak lari jauh-jauh ?

Pernah tak, sampai satu masa tu awak rasa lemah sangat ?

Pernah tak, sampai satu masa tu awak rasa nak putar masa agar tak payah ada dalam situasi masa tu?

Pernah tak, awak rasa macam sangat-sangat perlukan seseorang untuk awak ceritakan masalah?

Pernah tak?

Tak seronok kan bila sampai masa tu ?

Tak bahagia kan, bila kita ada dalam salah satu situasi tu ?





Ya. Memang tak best. Sangat tak best.

Saya pun pernah dalam salah satu situasi tu. Mungkin saja sedang.

Dan saya yakin, awak yang tengah baca ni pun, pernah alami. Betul tak?

Kalau belum, mungkin akan datang. Manusia tak tahu masa hadapan, kan?

Dan satu benda yang kita semua kena ingat ,

Kadang-kadang segala kesedihan dan sakit itu sama ada ujian atau pun kafarah (denda).

Ujian ni Dia beri kita, sebab :

                                            Dia nak uji keimanan kita, kuat ke tak kita ni.

Dia tahu ujian ni takkan melebihi kemampuan kita ( al-Baqarah, ayat 286)


Dan Dia dah janji yang Dia akan sentiasa bersama kita kan :)  ( Qof, ayat 16 )


Jadi, tak perlu la risau.

Nak nangis? . Boleh, silakan.

Kadang-kadang menangis tu memang the best solution kan?

Ahahaha. Kantoi la suka menangis.

Relaks. Bukan salah pun, kan? :)


Dan terkadang kesedihan atau pun masalah tu sebagai kafarah dosa kita.

Nampak tak? Allah nak sangat hapuskan dosa-dosa kita :)

Allah nak sangat-sangat kita balik semula kat rumah kita (syurga).

Allah nak sangat kita dapat jumpa dengan Dia dan kekasih-kekasihNya.

Cumanya, Allah mintak kita  sabar. Okay?

Nak kata senang. Memanglah tak.

Tapi tapi tapi, kita boleh cuba, kan?

Yang membezakannya, sama ada kita nak atau tak nak.

Senyum :)

Pesan saya : 

" Sabarlah tika kesedihan menampar-nampar jiwa, kerna mungkin ada hikmahnya :)

Keep calm and just be awesome ! . Chaiyyok! "





"Sungguh, Dia itu bersama orang-orang yang sabar. Tau? "

^_^







always remember that ; 

when ALLAH drops needle and pin

along your path of life

don't step out

instead pick it up

there are designed

to teach you

to be strong and wise

n_n

Ya Allah, tabahkan hati kami dalam menghadapi ujian ini ! Y.Y




Monday, 20 May 2013

LA TAHZAN :)


Akhirnya, keputusan UPU dah keluar.

Memang bagai menunggu musim durian. Eheh.

Saya yakin, ada yang dapat UIA *yeayyy sep-sep

Saya konfem , ade yang dapat UiTM..

Yang dapat UKM..

Yang dapat USIM...

Tak kisahlah kat mana-mana. Asalkan korang bahagia.

Tapi tapi tapi saya tau ..

Ada yang mengharap ke uni A dapat uni Z pulak ..

Yang nak sangat kat uni M dapat kat uni M jugak..

Macam-macam, ye tak?

Ini kata saya : 

" Tak kisahlah kat mana-mana pun, asalkan niat kita tu betul-betul nak belajar. We, humans planned, but He is the best planner :) . Senyum. Tak perlu kata apa-apa "

Kita naaaaaak sangat masuk IPTA but Dia bagi kita can untuk masuk matrikulasi.

Takpe. Lagipun, siapa kata Matriks tak okay ? Siapa ?.

Saya tak tahu pulak yang tempat belajar membezakan status orang. Boleh eh?

Entah. Kekadang tak faham dengan orang yang mudah melabel orang lain.

Itu tak adil.

Memang tak.

Sangat tidak.

Ahahaha.

Cuma mahu berpesan,




Jangan sedih.
Jangan risau.
Tak perlu gundah-gulana.
Kerana terkadang yang kita dapat itu yang terbaik :)

Cuma, mungkin hikmahnya belum kita lihat.
Senyum :)

Lagipun ,

Bukankah Dia itu Maha Adil lagi punya 99 nama yang teragung ? 

= ^.^ =




Wednesday, 15 May 2013

JEALOUSNYA !!





Nampak orang ada Iphone5 . Jeles.

Dengar kawan kena puji dengan cikgu. Jeles.

Hidu kek orang lagi sedap dari kita. Jeles.

Nampak pakwe kawan bagi cekelet. Jeles.

Tengok orang muka lagi putih, licin, gebu dari kita. Jeles.

Kawan kita lagi pandai dari kita. Jeles.

Tengok kawan kita ada pakwe pun jeles. 


p/s : Untunglah ada pakwe. Cehhhh .. 

***

Betul tak?

Sila angguk. Jangan risau, takde siapa nak usha anda . Hahahahaha.

Terkadang ada rasa jeles dengan orang yang rezekinya lebih daripada kita, kan?

Terkadang kita terfikir kenapa kita tak dapat benda yang sama, kan?

Terkadang rasa macam kenapa mesti dia yang dapat ? Bukan kita?

Terkadang kita persoal, kan?

Itu biasa. Lumrah manusia.

Manusia ada hati bukan?
Kalau tak takkan wujudlah peribahasa ' berhati perut ", ye tak?

Manusia ada akal bukan?
Kalau takde, manusia sespesies dengan monyet, katak, beruang ... ye tak?

Dan tiap manusia tu sebenarnya ada nafsu, tau?
Kaum adam, akal sembilan nafsu satu.
Kaum hawa dicipta indah dengan sembilan nafsu dan satu akal.

Haaaaa ... ada tak ketiga-tiga benda ni pada anda?

Kalau takde, sila berpindah ke Zoo Negara. Hutan rimba pun boleh juga. 

Shuhhh ... shuhh.. Hahahaha. 

***
Berbalik kepada topik.

Rezeki orang lain-lain. Tak payah cemburu.

Kita tak tahu apa yang dia buat sampai dia dapat rezeki sebanyak tu.

Betul tak?

Kita tak tahu. Entah-entah dalam diam, dia pun cemburu dengan kita.

Jadi senyumlah :)

Tunjuk sikit gigi anda yang bersinar bak bintang di langit malam. Eheh.

Paling penting, tanam sifat qanaah ; sikap rasa cukup dengan apa yang ada.

Ibu saya selalu pesan :

 " Kalau kita berada kat bawah, jangan down. Cuba tengok? ada tak yang lagi bawah dari kita? Kalau kita berada kat atas, jangan berbangga sangat. Sebab pasti akan ada yang lagi atas dari kita ."

Itu yang Puan Ibu selalu pesan.

Sebab dengan cara tu lah kita dapat didik diri kita jadi orang yang bersyukur.

Orang-orang yang bersyukur tu .... Tuhan sayang tahu?

Nak tak jadi orang yang Tuhan sayang? . 

Sebab tu, bila kita dapat something yang osem, kita kena ucap alhamdulillah :) .

Yang lagi bagus, share dengan orang lain. * tapi kalau dapat zaujah lawa... tak perlu kot?

Anda nak tahu tak? 

Manusia cemburu yang pertama ialah Habil ( anak Nabi Adam )

Habil cemburu sangat dengan Qabil sebab dapat berkahwin dengan Iqlima yang lawa.

Sedangkan, Habil ni kena kahwin dengan Labuda yang tak berapa nak cun.

Disebabkan tu lah, berlaku pembunuhan pertama kat bumi ni.

Haaaaa ... awak-awak nak ke macam tu?

Jangan sebab cemburu kita tu, kita buat something yang tak osem.

Tak naklah eh?. Haritu kata nak jadi soleh solehah.

Kan?

Nak bawa famili kita, kawan-kawan kita masuk jannah sekali kan?

Jadi, jom !



* nak ke orang fikir kita fikir diorang lagi osem dari kite? Tak mau kan?



Tapi sebenarnya, saya jeles dengan awak.

Sebab apa? . Sebab awak seorang yang punya sifat syukur. Eheh.

Omedetou ! 







Monday, 13 May 2013

TEMUDUGA IPG 2013 ( GROUP INTERVIEW) :)


Hati berdugeun-dugeun je tunggu dipanggil masuk.

Untuk pengetahuan awak-awak, tahun ni dah takde interview individu. Mansuh.

N.A.S.I.B.B.A.I.K

Sementara dipanggil, sempat jugak berkenalan dengan ahli group.

Sepatutnya, kumpulan 5 ada 7 ahli . 6 perempuan 1 lelaki .

N.A.S.I.B.B.A.I.K

Hanya tinggal 3, saya, ain dan siti.

Hahahaha. Bahagia betul hidup masa tu. 

Tak lama lepas tu, kami dipanggil masuk.

Interviewers kami 2 orang, ustaz dan ustazah.

Mereka nampak saaaangat baik. Eh, awak pun sama je... hahaha nak jugak.

Calon 1 : Ain Nabila ( orang penang)
Calon 2 : Siti Mahmudah ( orang tanjung karang)
Calon 3 : Nadiahnoor 

Kami disusun ikut nombor. Pastu dipaksa pakai pelekat nama yang besar. Lawak. Fail bagi kat interviewer.

Interview group ada 3 sesi

Sesi 1

Semua kena perkenalkan diri. Nasib baiklah dalam bahasa Melayu je. Kalau arab? . Saya out dah kot.

Hahaha.

Calon pertama ayat memang ayat karanganlah... Seriyes tak tipu.

Calon pertama :

" Nama saya ....... Saya mula sedar saya mula meminati bidang perguruan sejak menonton cerita hindustan yang menceritakan ...... "

reaksi saya :  0.o

Calon kedua  ( pemenang syarahan dahulukala ):

Seriyes macam nada syarahan. Dahsaatt...

" Nama saya .... Saya tidak sedar akan kebolehan saya dalam mengajar .... Ustazah saya ... "


p/s: memang mereka guna bahasa baku. Seriyes tak tipu. 

Calon ketiga :

" Nama saya .... Saye tak tau pun saye ni ade kelebihan dlam arab  So, saye.... "

p/s: nampak tak bahasa-bahasa pasar kat situ? . Saya je kut yang guna bahasa-ikut-suka-hati. 

Sesi 2

Kami ditayangkan dengan satu video dan ada 3 soalan . Video ni,


Mula-mula memang rasa macam lawak sangat . Siap ikut nyanyi lagi kut.

Hahahaha.

Tiba-tiba..

" okay, sekarang kami nak kamu ulas tentang video ni " 

Calon 2 : Bagi saya, ucapan terima kasih ........

Calon  3 :  Hmmm betul tu ... * angguk-angguk .. Bagi saya.....

Calon 1 : Saya bersetuju dengan Nadia dan Siti ... itulah.....


" Bagaimana kamu nak pupuk budaya ucap terima kasih dalam kalangan pelajar? "


Calon 3: Bagi saya, orang kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya..

Calon 1: .. hmmm.. saya setuju, bagi saya kempen...

Calon 2: Hmmm betul..... nadia dah bercakap dari sudut ibubapa, ain dah cakap dari sudut media massa , sekarang saya ingin berkata dari sudut ....


" Bagaimana pula nak semaikan rasa terima kasih dalam kalangan ibu bapa kepada guru? "

* krik3.. semua blank

Mungkin ustaz tu sedar ke'HAMBAR'an kat situ .. jadi " okkay, mula dengan ain "

Calon 1 : Saya rasa ...

Calon 3 : Kalau kita lihat sekarang ini ibubapa..... *entah apa sampai keluar kerajaan bagai ... memang dah tersasar di jalanmu ...

Calon 2 : Kalau di sekolah-sekolah pasti ada Persatuan Ibubapa....

" okay, terima kasih "

sesi 3 

Memang full bahasa arab . Mak aihhhh...

" Al'an antunna tunakisyuna an qoryati "

Seriyes time tu blank sangat apekejadahnya qoryati. Tak lama lepas tu baru ingat. Oh, my kampung!

Calon 1 : Qoryati fi .....

Calon 2 : Qoryati  ....

Calon 3 : Qoryati jamilah  wa ro'iah ... * lepas tu dah macam -_-


p/s: time ni korang merapu je tapi merapu biarlah ada kaitan . Bukannya, bincang pasal sayur, tetibe sesat pulak ayam ok? ... remember! always confident.

Dan tamat .

First time kut interview.

Ok, interview QTI untuk amik lesen tak dikira. OUT.

Apa-apa pun, untuk yang akan ke interview IPG. Relaks. Takde soalan pelik-pelik keluar.

Untuk : 

AIN NAZIRA, SITI AMIRAH SHAHEERA, ANIS ADILA, NORWAHIZATUL, NABIHAH AZRON, IZZATY LIYANA AZIZAH, NINOT AMANINA

dan korang-korang yang akan ke interview :)



TEMUDUGA IPG 2013 ( INSAK) :)


Tadaaaa...

Alhamdulillah lepas saringan pertama IPG. Maka, temuduga.

Temuduga macam yang awak-awak nampak, 13hb Mei.

Ya, itu hari ini.

Hahahahaha.

Jujur, tak pernah menyangka nak jadi cikgu,pensyarah mungkin.

Tapi, rezeki kan, kata orang?

Walaupun bertolak awal, tapi jalan sesak. Lambat sampai.

Sampai-sampai je, dah 8.30 pagi. Haishhh takut jugak kalau tak sempat. Tapi nasib sempat.

Cakap apa? . Alhamdulillah :)

Dalam rushing-rushing tu, ternampak lah kertas biru, tertulis;

" Taklimat Temuduga Program Ijazah Muda Lepasan SPM  2012, di Dewan Mohyideen ..."

Maka, saya yang dah bagai tak tentu hala ni, berkejar-kejar lah ke dewan tu, dan ini yang berlaku ...

Dalam dewan ramai orang, duduk ala-ala nak ambil SPM , baaaanyak sangat beg kat luar dan saya pun....

Saya : ( nampak cikgu berdiri kat belakang dewan ). Assalammualaikum cikgu, saya temuduga IPG harini. Maaf cikgu saya lambat,. Boleh tak saya nak ambil ujian INSAK sekarang ? *sambil pegang pensel, nada cemas.

Cikgu :  Oh... ujian INSAK kat blok sana eh? Tu... * sambil tunjuk bangunan lagi satu.

Saya: Eh? ... Oh terima kasih ...( maluuuuunnyaaaaa!! )

Sampai kat bangunan yang dimaksudkan ...

Seorang cikgu India tegur..

Cikgu : Awak blok ni ke? 
Saya : Cikgu, ni blok apa?
Cikgu,:Ni blok B, yang tu C, untuk sains..
Saya : Ohhh... cikgu blok A mana?
Cikgu : Tu... dekat belakang tu ..
Saya: Oh, terima kasihhh

*time nie rasa macam dah tinggal harapan je tau tak?



( time tu saya nampak diorang dah mula jawab dah, kalau korang, korang cuak tak? . Mestilah kan? )

Berjalan ...dan berjalan ...

Yeayyy!! Akhirnya jumpa jugaklah blok A. 
Tapi tapi tapi...
Dah nak start dah ...

Memang time tu rasa macam ..

" Harapan .... harapan menjadi layu ~ .."

Haishhh . Mudah bebenor putus harapannya.

Tapi tapi tapi ..

Nasib baik sempat . Masa saya masuk tu, mereka-mereka dah isi borang OMR dah. Cuma, belum start jawab. 

N.A.S.I.B.B.A.I.K

Mata saya melilau-lilau mencari  Nadira Zanuri . Tak jumpa.

Nampaknya, tak ramai. 24 orang calon. Lima kumpulan. Saya orang terakhir dari kumpulan terakhir.

Eheh.

Dan tak lama lepas tu, INSAK pun bermula...

135 soalan. 30 minit .

Jangan risau, senang je. Cuma, rasanya macam diri ni hipokrit pulak.

Mianhae. Bukan niat diri ini mahu menjadi hipokrit. Bukan . Eheh.

Satu soalan yang paaaaling saya ingat. ( lebih kurang )

" Pelajar yang mana satu akan lebih anda utamakan?"

a) lembap tetapi rajin. * kekejaman*
b) pandai tetapi malas.

Haaaa ... itulah antara contoh soalannya.

Dalam pukul 9.20 pagi. ujian tamat. Tamat.

Haaaa, lagi satu.. pastikan cukup 135 jawapan. Kalau tak cukup....

OUT

Memandangkan interview saya pukul 2 petang, saya dan ibu pun menjadi kutu rayau seketika.

Pergi Bintang Mall . Tutup.
Pergi  perpustakaan awam . Tutup.
Maka, kami ke Billion.

Nasib baik, buka.

Pergi beli barang-barang sikit sambil menunggu waktu berlari ke angka 2...

Aiwah.

*some view of IPG Kampus Pendidikan Islam.





to be continued...

Thursday, 9 May 2013

HEART-BROKEN ?





Krakk ... krakk .. krakkk

Dengar tak bunyi tu?

Oh ya, betul! Tepat sekali. Ada orang tengah patah hati la tu . Hahaha

Patah hati?

Saya konfem semua orang pernah patah hati .

Tak payah tipu. Dosa tau ?

Ohoooii .... *ala-ala tarzan

Saya pun pernah patah hati jugak. 

Tipu kalau saya kata tak pernah.

Firstly, patah hati tu bukan untuk cinta je. Apa-apa yang menyedihkan dipanggil patah hati, ok?

Faham tak murid-murid sekalian ? * praktis utk iv ipg :)

Haaaa ... kalau macam tu entry saya kali ni memang khas untuk AWAK

Ya. Awak yang tengah baca ni lah. Hahaha.

Sebenarnya, entry ini saya tujukan especially dekat seorang syauqah wardah yang tengah patah hati.

***
Dia comel. Dia pandai . Dia ayu . Dia ceria .Dia punya agama yang kuat . 
Dan dia punya hati yang lembut bak gula-gula kapas, tau ?.

Kesian kat dia tau . Takpe eh , jangan sedih-sedih, nanti aku datang rumah pujuk, ok ?

Senyum. Haaa kan manis macam tu. Ecehhhh.

Eh, aku sayang kau ketat-ketat . Jangan sedih-sedih tau , nanti aku nangis :)


p/s: nanti dah fly, jangan lupa aku ye? Ole-ole pun jangan lupe. Hahahaha. Seriyes, aku tak rasa akan jumpa orang macam kau dah :)



***

Ini pesan saya. Patah hati? 

Jangan sedih . Jadi tabah. Awak tu hebat tau?.

Buktinya, awak champion kot dulu.

Let bygones be bygones.

Saya tau awak kuat. 

Saya tahu awak boleh buat.

Sebab awak kan sahabat saya :)

Sahabat dunia akhirat, tau ?

Nanti masuk jannah sama-sama kan? Nak tak ?

Buktikan kat mereka yang awak tu punya tangan yang mampu menggoncang dunia. 

Bukan seorang mukminah yang senang tumbang dengan mainan perasaan.

Bukan jugak mukminah yang lemah.

Okkay?

Senyum lebar-lebar sampai ke telinga.

Feeewiittt, manisnya senyuman awak.

Haaaa .. camtuhaaa

Baru comel ... * kalau tak senyum hang memang dah comel dah kot

Akhir kata,

Lupakan dia yang mematahkan hati awak. Maafkan dia. It takes time, really. But believe me, you will find the serenity in your life.

Sebabnya, saya pernah berdendam dengan si pematah hati. Dan ternyata,  saya yang sakit hati.

Lupakan lah dia. Saya yakin awak deserve better. . 

Kalau buat camtu lagi, meh bak tang saya bagi ciuman tapak kasut saya. Hahaha.

By the way,

Sungguh, kemaafan tu kan indah? Tak ke?

Awak-awak, salam mujahadah eh !

aja-aja fighting!

gambatte!

" Mujahadah itu memang paaaahit sangat, sebab apa?
sebab jannah tu kan manis, yeaaa  manis macam awak "










comel kan? 

Last yang betul-betul last,


p/s: saya interview kplspm 13hb nie, pray for me eh :)