Friday, 24 January 2014

PANDAI ?


Bismillahirahmanirrahim ,
Maka, aku buka post ini pertama-tamanya dengan nama pemilik nyawa aku ini :)

***




Aku tahu, manusia itu ragamnya banyak
Aku tahu , manusia itu tiapnya ada perangai sendiri
dan --
Aku tahu, manusia itu ada pendapat peribadi
dan --
Manusia itu manusia
ada rasa
ada jiwa

Alhamdulillah, Allah dah bagi baaaaaaanyak sangat nikmat kat aku.
Nikmat keluarga
nikmat pelajaran
nikmat keamanan
dan banyak lagi
Yang utamanya --
nikmat Islam itu sendiri


" Maka, nikmat yang manakah yang kamu dustakan ? " 
- ar Rahman : 13

Ayat tu Allah ulang banyak kali
banyak. sangat.

Kadang-kadang aku pun terlupa
aku pun manusia
dia pun manusia
dan --
lumrah manusia akan , wajib buat kesalahan
itu yang aku cuba sematkan
supaya aku sentiasa husnuzzon (bersangka baik ) dengan orang lain
memang payah
sangat payah
tapi, kita boleh sama-sama cuba kan ? :)

***
       Satu haritu, aku berborak dengan A ni, dan apa yang diperkatakan mengejutkan aku. Dia kata taknak jadi pandai, cukuplah sekadar ada ilmu. Atas sebab munasabah apa, aku pun tak tahu. But, believe me, aku agak geram dengan apa yang dia bagitahu. Tapi yelah, tiap manusia ada pendapat sendiri kan ? *husnuzzon jelah *.

Aku hormat pendapat dia. Manusia itu berbeza dengan yang lainnya. Aku faham konsep tu. 

Ok, aku jelaskan.

Memang, yang diperintahkan kepada kita hanyalah untuk menuntut ilmu
Allah tak kata kita mesti jadi pelajar yang pandai gila sampai dapat anugerah dekan bagai.
Allah tak suruh kita mesti jadi pelajar yang pandai sampai masuk universiti bagai
But, sebagai muslim yang nak bangunkan Islam,
bukankah ilmu yang banyak itu sedikit sebanyak dapat membantu ?

Maka, kalau sebegini pemikiran sebahagian dari kita
Aku minta, buang lah jauh-jauh ke afrika sana
Kita tanam begini dalam hati kita
Kita sempitkan pemikiran kita sebegini rupa
Maka --
jangan tanya kenapa orang Islam di mana
Maka --
jangan pelik kenapa sebahagian orang yang ilmunya ada, tapi akalnya tak diguna

Okay, tulisan ini aku nukil dengan penuh perasaan
Sekadar tempat luahan rasa
Sebab, aku tahu
manusia ini ada jenisnya yang boleh terima pendapat orang lain
dan yang segolongannya lagi, langsung tolak tepi cara fikiran orang lain

Jadi, antara hadis / ayat Al-Quran yang agak terkenal dalam menuntut ilmu ni ada banyak, yang aku hafal cuma beberapa, itupun cuma mafhumnya :

  1. " Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad "  
  2. " Menuntut ilmu itu wajib ke atas setiap muslim" - Hadis
  3. " Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui ? " - AQ
  4. " Bacalah ! Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan " - AQ
  5. " Barangsiapa menuntut ilmu , maka Allah akan permudahkan jalannya ke syurga .." - Hadis
  6. dan banyak lagi ..


Tapi, kita kena ingat
Apa tujuan kita tuntut ilmu ni, tapi sekadar nak ilmu
Ok, maksud aku begini
Aku bagi analogi :

Ada dua orang pengemis ni, dia lapar sangat. Dah seminggu tak makan. Tiba-tiba, ada orang bagi yang pengemis A ni, roti sekeping. Yang B ni pulak, orang bagi dia makan satu bucket KFC , dengan pizza, dengan nasi ayam segala bagai * hamboihh *

Agak-agaknya, mana yang lagi untung ?
Mestilah B kan ?
Dan rasanyalah kan, yang pengemis B nak ke share dengan pengemis A ni tadi walaupun pengemis A tu tak datang mintak ?
Dan, kalau aku pun di pihak B, mungkin aku akan makan kenyang-kenyang dan simpan yang lain untuk masa lain.

Same concept applied here, dear.
Mungkin sedikit tak kena, tapi aku harap apa yang aku nak bagitau itu sampai.
Bila kita dah diberi peluang dan ruang untuk tuntut ilmu,
Kita belajar sungguh-sungguh
jadi orang yang betul-betul pandai

Sebab apa ?
Kitalah engineer ummah
Kitalah pewaris ulama
Kitalah yang akan pegang tampuk pemerintahan suatu hari nanti
dan --
kitalah yang akan mencorakkan masa depan negara 

Menjadi pandai itu tak wajib
Tak berdosa pun kalau tak pandai
Tapi --
menuntut ilmu itu wajib ye sayang

Aku begitu berpegang kepada : " aku belajar bukan sekadar nak ilmu, tapi aku nak betul-betul pandai supaya aku dapat menyahut seruan Baginda s.a.w untuk menjadi al-Fateh abad ini ! "

Itu yang aku tanam, dan --
aku cuba untuk realisasikan
Betul, nombor pada papan markah itu orang kata tiada makna
tapi , bagi aku
ada makna
itulah maknanya apa yang telah kau usaha
dan --
ada pengajaran dalamnya yang Allah nak kau terima dan belajar
simple thing
tapi yelah ,
sebagai manusia, kadang-kadang kita terlalu alpa dan leka

dan, sebagai penutup
aku nak share satu hadis yang aku kira sangat memberi kesan kepada diri ini
mohon salah silap andai tulisan kali ini tak mampu diterima akal
sekadar kongsi pandangan semata :)

hadis ini :

من يرد الله به خيرا ، يفقّهه في الدين 
" siapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, maka Allah akan faqihkannya dalam agama "



dan ini --

النـــــاس معادن ، خيارهم في الجاهلية ، خيارهم في الاسلام إذا فقهوا

" manusia itu logam , terpilihnya mereka semasa jahiliyyah, terpilihnya mereka semasa Islam apabila mereka faham / tahu "


hadis ni namanya hadis logam
hadis ini secara ringkasnya nak bagitahu kita
untuk gunakan kelebihan yang kita ada , sebagai kekuatan diri dan keistimewaan untuk umat Islam
kisah paling senang, kisah Saidina Umar
semua orang tahu dah, Saidina Umar seorang yang saaangat tegas dan garang
sehinggakan syaitonirrajim pun takut 

fuyoooh ! macho gilaaa * mata bintang-bintang *

Saidina Umar menggunakan ketegasan beliau ketika sebelum masuk Islam dan selepas menganut Islam
Sebut je nama Saidina Umar, meremang bulu roma orang yang mendengar

fuhh .. hebat !

Maka, itulah yang kita mahu
Kita tuntut ilmu
Kita jadi orang yang faqih dalam ilmu tu
dan, kita gunakan untuk kepentingan umat Islam
Okay ?
Buktikan kepada masyarakat dunia
bahawa Islam itu agama yang baik
bukan agama terorisme
bukan budaya eskapis
dan bukan sekadar sejarah yang telah kian pupus

Kita Islam ! 
dan kita perlu buktikan !

akhir kata ; 




lagu ini asalnya adalah syair arab :)
bahasa arab so sweeett !









Tuesday, 14 January 2014

ALIF. MIM. ALIF. NUN. TA MARBUTHOH :)


Bismillah ..
Maka, post kali ini aku buka dengan nama pemilik nyawa aku, dia dan kamu ..

Sekarang ni, IPIS tengah demam PRK ( Pilihan Raya Kampus )
Maka --
dengan sebab itu, terdetik aku nak menulis tentang perkara berkaitan which is amanah.
Bukan setakat berkaitan dengan PRK atau jawatan yang menjadi rebutan,
bahkan --
hidup kita sendiri ini pun sebenarnya amanah dari Allah
tubuh badan kita yang gebu atau kering macam lidi ni pun kurniaan dan amanah dari Dia.
Tahu ?


Jadinya, kita memang kena jagalah kan ?
Bukan memang, tapi WAJIB ye sayang ... :)

Aku cuma ingin berkongsi apa yang aku rasa bila masuk sem dua ni.
Siriyes, banyak sangat amanah yang aku rasa 
perlu untuk aku pegang betul-betul kali ini.

Untuk PRK, setiap kelas hantar kena hantar dua orang calon ( lelaki dan perempuan )
Siriyes, semua orang tak mahu pegang.
Kalau nak jawatan hanya nak glamor,
anda memang boleh terbang ke afrika sana
tak payah join PRK kali ni.
Gila! kalau amanah untuk memegang ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) hanya untuk glamor,
aku pun nak.
Kalau amanah tu tak bersangkutpaut dosa pahala
aku pun nak.
Ahaha.

Walaupun nampak amanah sebagai JPP tu macam cenonet je,
percayalah kata aku,
boleh jadi amanah yang kita rasa cenonet inilah yang menjadi penentu kita ke syurga atau neraka.
Bayangkan --
bila pegang amanah ni,
orang kata ;
satu kaki di syurga, satu lagi kat neraka.
Kita ( aku sendiri pun ) pun tak tahu banyak mana dosa kita,
entah sebukit Uhud,
entah setinggi Everest,
entah sepenuh ruang langit dan bumi ?

Haihh .. *insaf*

Lepastu,
tambah pulak dengan amanah yang kita jalankan dengan sekadar hangat-hangat tahi ayam ?
Agak-agaknya lah kan,
ke mana akhiran kita ?

Aku sendiri
sejujurnya rasa aku ini tak selayak mana
lepastu diberi tanggungjawab menggalas beberapa amanah yang aku rasa sangat berat
maybe lagi berat dari batu bata yang buat piramid Giza kat Mesir tu.
Ditambah lagi dosa yang aku sendiri rasa banyaknya dari rambut kat kepala
Memang menakutkan aku.

Jadi,
lepasni, aku harap takkan ada amanah yang berat-berat menanti aku lagi
Aku bimbang --
saat melangkahnya kaki ingin ke Syurga,
kaki aku ditarik oleh amanah yang aku tak betul-betul jalankan
Na'uzubillah.

***
Lumrah manusia memang begitu;
suka diberi amanah, tapi laksananya tiada

Nak dengar satu cerita ?

Hmmm .. ceritanya bermula begini ;

Allah berfirman: 
“ Sesungguhnya telah kami berikan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang, lalu mereka enggan memikulnya dan takut menerimanya, kemudian amanah tersebut dipikul oleh manusia.”
Al-Hasan telah berkata

“Allah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung lalu Allah berfirman; “Jika engkau laksanakan dengan baik (amanah) maka bagi engkau pahala, sebaliknya jika tidak bagi engkau seksaan.” Lalu mereka berkata; “Kami tidak sanggup!” Mujahid berkata; “Ketika Allah menciptakan Adam, ditawarkan amanah itu kepadanya. Penawaran kepada langit, bumi dan gunung-ganang adalah berupa pilihan bukan ketetapan. Sedangkan penawaran kepada Adam adalah ketetapan.” Al-Qoffal dan lainnya berkata: “Penawaran di dalam ayat tersebut adalah suatu yang indah di mana langit, bumi, gunung sekalipun besar masih tidak sanggup menerima amanah sebaliknya manusia sanggup memikulnya.

Ibnu Abbas berkata :

amanah itu ditawarkan kepada Adam lalu dikatakan kepadanya; “Jika engkau taati engkau akan diampuni sebaliknya jika engkau derhaka engkau akan disiksa.” Adam menjawab; “Aku sanggup mentaatinya”. Namun tidakpun sampai pun beberapa jam Adam telahpun menderhakaiNya dengan mamakan buah khuldi yang ditegah untuknya.

***

Maka , aku rasa semuanya cerdik-cerdik belaka
boleh fikir sendiri apa yang mahu aku sampaikan, kan ? :)

Nadiahnoor says:


" Tak salah untuk kita pegang amanah. Sedangkan dari dalam rahim ibu kita sendiri kita telah menerima amanah dari Allah untuk beriman kepada-Nya ( 7:172). Cuma, dalam laksanakan amanah kita, biarlah kita jalankan dengan penuh tanggungjawab dan takwa. Ingatlah, amanah itu boleh menjadi penentu ke mana akhiran kita. Orang yang cinta akan Allah, insyaAllah akan dijalankan tanggungjawab yang diamanah. Dan kita sendiri jika bukan menjadi orang yang diamanahkan, kita cuba bantu pemegang amanah tadi untuk betul-betul lakukan amanah, bukan sekadar kutuk mengutuk macam kita sendiri yang bagus sangat * sentap bro ! * "



Ok, agak macam syarahan yang kat atas ni..
Cuma buang tabiat sikit malam-malam buta ni
ni mesti kesan dari sem ni WAJIB amik subject addmath >.<
Ahahaha, bak kata omputih ;
" only fool blames his tool "  (sendiri tulis sendiri terasa -,- )

Akhir kata --
sedikit petikan dari surat cinta Ilahi ;
" Sungguh, Allah menyuruhmu menyerahkan amanah kepada yang berhak menerimanya... " 
( 4:58)