Monday, 22 April 2013

ANGEL WEARS GUCCI :)


Saya saaangat minat Inche' Gabbana

Eh, maksud saya karya Inche' Gabbana. Eheh.

Salah satu nya yang ini :D




Umum mengetahui, dalam dunia perchentaan, semuanya adalah suatu kemungkinan. Semuanya indah-indah belaka. Yang buruk dan hodoh, kelihatan indah dan bergaya. Yang susah dan sukar, jadi mudah dan senang. Rumput dan lalang bertukar menjadi bunga-bungaan mekar dan dedaun hijau segar. Kata orang, kentut pon berbau wangi.

Muntah.

Hari ini, saya nak kongsikan beberapa ungkapan chentan-chentun dan ayat-ayat jiwang yang sering diluahkan oleh pasangan yang sedang hangat berchenta, terutamanya yang masih belum berkahwin. Khalakar pon ada. Yelah, diungkapkan ketika sedang mabuk berchenta kan..? Yang mengarut dan merepek pon banyak. Chenta punya pasal. Disertakan juga komen ringkas saya untuk menunjukkan kepada anda kenapa ayat-ayat ini sungguh amat mengarut dan tidak lagi relevan (tapi mungkin relevan untuk yang sudah mendirikan rumah tangga). 

Kepada anda yang mudah loya dan ada alerjik dengan ayat-ayat sebegini, dinasihatkan untuk sediakan baldi atau beg kertas sebagai langkah berjaga-jaga. Sebarang kejadian sawan, mulut berbuih atau berlari kencang sambil menarik-narik rambut adalah di luar tanggungjawab saya. Eheh.

Baiklah. Anda sudah bersedia..? 

Ayat Jiwang 1: Anda menyempurnakan saya. (Baca: You complete me)

Komen: Mengarut. Mana ada makhluk kat dunia ni yang sempurna..?


Ayat Jiwang 2: Lautan api sanggup ku renangi, gunung tinggi sanggup ku daki!

Komen: Eleh. Ye la tu. Jangankan lautan api, terkena percikan api ketika sedang membakar ayam percik pon dah terpekik terlolong. Naik tangga dua tiga tingkat pon dah termengah-mengah. Apa kes..? Ini semua propaganda Freemason! Eh.


Ayat Jiwang 3: Ambillah pisau ni dan belahlah dada kekanda. Dinda pasti akan ketemu chenta yang tidak pernah berdusta!

Komen: Betul ni..? *ambil pisau daging paling besar dan tajam sambil gelak keji*


Ayat Jiwang 4: I nak sehidup semati dengan you! You jump, I jump!

Komen: Ok pertama, ajal maut tu di tangan Tuhan. Kalau si dia ditakdirkan mati dan giliran anda belum lagi, tiada apa-apa yang boleh anda lakukan. Kedua, apalah bodoh sangat nak mati disebabkan chenta..? Bunuh diri tu haram tahu..??


Ayat Jiwang 5: Ayang, abang chenta ayang dahulu, kini dan selamanya! Forever ever!

Komen: Muntah hijau. Anda anda bebola kristal sakti ke untuk baca apa yang akan berlaku pada masa hadapan..? Untuk kaum perempuan, berhati-hati dengan seperti ini. Ada bau-bau buaya dan kasanova di situ. 


Ayat Jiwang 6: (Chenta jarak jauh) Wahai dinda, coba dinda keluar dan tengok bulan purnama yang bersinar terang itu. Ketahuilah, kita sedang melihat bulan chenta yang sama!

Komen: Pandang kiri, pandang kanan. Shiuhh shiuhhh angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Err.. Sejak bila anda jadi ahli astronomi ni..? Apa faedahnya tengok bulan..? Baik baca Quran. Ahah. 


Ayat Jiwang 7: Tiada apa yang dapat memisahkan chenta kita. Siapa-siapa yang jadi batu penghalang, kita akan tentang!

Komen: Ada. Allah. Ada bran..? 


Ayat Jiwang 8: Anda adalah segala-galanya buat saya. Anda adalah dunia untuk saya!(Baca: You are the world to me)

Komen: Ya..? Coba letak kereta Audi R8 sebuah (untuk lelaki) dan cincin berlian dua puluh lapan karat (untuk perempuan) di hadapan mereka ini. Sekarang tengok mereka pilih yang mana. Eheh.


Ayat Jiwang 9: Kalau you kahwin dengan I, I janji I akan setia sampai mati. Dan I akan penuhi apa sahaja permintaan you, demi kebahagiaan you. I janji sayang!

Komen: I am for yooouuu.. I am for youuuu.. Janji dicapati! Yeaaahh. Eh.


Ayat Jiwang 10: Kalau dinda jadi bulan, kekanda nak jadi si pungguk yang rindukannya. Kalau dinda jadi bunga, kekanda nak jadi si lebah yang menghisap madunya. Dan andai dinda jadi intan berlian, biarkan kekanda jadi jauhari yang mengenal manikamnya. Ewah!

Komen: Hidung berdarah. Anda nak buat dokumentari untuk Diskaberi Cenel ke apa..? Dan hallo..? Ni zaman abad ke dua puluh satu kot, orang main MukaBuku, Pengicau dan Instagram. Mana dah orang pakai bulan, pungguk semua tu. Ketinggalan zaman betul!

Ok cukuplah sepuluh ayat-ayat jiwang untuk hari ini. Risau pula saya nanti ada yang bunuh diri dengan terjun gaung atau merelakan diri digilis keretapi kerana tidak tertahan membaca ayat-ayat yang sumpah geli ini. Wahahaha.. 

Oh, ada beberapa ayat chentan-chentun dan jiwang, tetapi halal dan dibenarkan untuk mengungkapkannya. Itu pon dengan syarat; sama ada sesama jantina bagi yang belum berkahwin dan untuk pasangan yang sudah berkahwin.

Anda sudah bersedia untuk berdarah hidung sekali lagi..? Eheh. Antaranya:

  1. Ana uhibbuka fillah qawiyy jiddan! - Saya chentakan anda kerana Allah, terlalu amat sangat!
  2. Akhi, jom berchenta hingga ke sorga..?
  3. You are my best friend till jannah!
  4. Andai dikau pergi menemuiNya, tunggu daku di pintu sorga.
  5. Tidak akan aku tinggalkan dirimu, sehingga syahid memisahkan kita!
  6. Ana ingin menjadi pemegang kunci sorga enta, agar dapatlah kita masuk sorga bersama. (ok yang ini seriyes muntah darah)
  7. Bunga-bunga chenta kita keranaNya, sudah memekar mewangi. Petiklah satu, dan hiasi ia pada imanmu. Ewah!
  8. You jump, I jump! You jump into the hellfire, I will jump to save you from there! 
  9. Sorga itu terlalu besar untuk seorang. Jom masuk sama-sama..? 
  10. Walau kita dipisahkan oleh jarak yang jauh, ketahuilah, kita berbuka dengan kurma yang sama. Phewwiittt!


Wah! Bagaimana..? Manis tahap potong kaki bukan...?? Wahahaha. 

Berchenta itu tidak salah. Yang selalu buatnya salah dan hodoh, adalah nafsu serakah diri yang sering membuatkan kita terkeluar daripada gelanggang ibadah dan syariah!

Berchenta itu indah. Lebih nikmat dan manis, andai dasar chenta itu adalah iman dan ketaatan kepada Allah!

Dan berchenta itu mudah. Yang sering membuatkannya payah dan susah adalah kerana kesuciannya yang terpalit oleh jahiliyyah!


Jom berchenta kerana Allah! Senyum lebar.


-gabbana-


HARI BERJUBAH HIJAU :)



Setiap sekolah akan ada Graduation Day, kan?

Sekolah saya pun sama.

Tapi yang membezakannya ...

Kami sebagai ex-fivers kena datang sehari awal.

Rehearsal katanya. Bagi majlis lancar.


* tangga piano , style kot? :)


* TS next top model :)


* Ainnaz tayang kasut lawa :)

* kat depan cosmoworld sebelum berlari2 anak ke lif :) hahaha



* Ninot kata dia lah owner KFC yang sebenanye ..


*  Selepas penat berlari2 di KL Sentral :) ... 


Dan keesokannya,

kami officially GRADUATE!! :)

Yuhoo !





 Alhamdulillah ,

Tahun nie dapat merasa jugak naik pentas MAC banyak kali ..

Ok fine, tak sebanyak Ilman, tapi bagi orang yang biasa-biasa macam saya, 3 kali dikira banyak la jugak, kan ?






# graduate certification ( mengesahkan ketuaan ahli JUMPERZ)

# tertinggi subjek bahasa arab tinggi ( sori hanafi... hahaha)

# anugerah full colour ( ecehhh , thanx Ustzh Rasidah sebab bagi peluang pergi MISS haritu )





and tadaaa ...


Dira kata : Eh, yang nie la jam yang aku nak gila haritu .. wah, bestnya kau ,, mahal kot

Dan, yang ini memang sangat terharu lah :)

Guess what? Ustazah Rasidah bagi  hadiah sebab arab no 1 tahun nie..

Okay, bukan saya sorang je dapat, Alip dan Hanafi pun dapat jugak...


Kepada Jumperz aliran agama, thanx banyak-banyak tau! 

Walaupun waktu trial arab resultnya agak mengecewakan, no 2nd last SBP,

Tapi kita dah buktikan ..

See ?see ?see?

" betullah failure is the mother of success, kan? ":)

Syukran jazilan  ya ashabi :) Uhibbukum lillah ..

Akhir kata:

Bak kata Pidot :


" Jumperz- We are not batchmate, we are family " :)




HEART-TOUCHING :)






Video ni first sekali saya tengok dekat wall Imanina Razhuan dan sangat osem!

Oh ya, hampir saja mengalirkan air mata ...

Memang menusuk kalbu lah, terutama bagi orang-orang yang macam saya..

Rasa diri tak cantik?

Gemuk?

Hodoh?

Sakai ?

Jangan risau  :)

Memetik kata-kata anon :

" This was absolutely amazing. I cried when I watched it. We live in a world where beauty is defined as the size of your waist, the color of your hair, the size of your chest. If we aren't what society portrays as beautiful, we have a negative self image of yourself. I needed to see this today. Every woman should watch this "


Lastly ,



Tapi ingat, 

Certain things kita boleh ubah ..

Gemuk ---> lebih kurus

Miskin ----> kaya

Lapar -----> kenyang 

Yang penting, jangan malas, jangan give up!

Aja-aja fighting!

Jom! Saya pun tengah  berusaha nak menjadi orang yang lebih sihat!

Hayya! :) 










Thursday, 18 April 2013

SI MERAH BALDU :)




Yaaa , ini kali pertama buat kek baldu merah ni haaa...

Nasib baik jadi ...


Terima kasih tuan punya resepi :)





RESEPI RED VELVET CAKE :)


                      Bahan A (bahan kering. diayak. dicampur bersama):



250 gram tepung kek
2 sudu makan serbuk koko
1 tsp garam

Bahan B (disatukan dalam bekas berasingan):

240ml buttermilk
2 sudu makan pewarna merah

**Jika tiada buttermilk, boleh bancuh sendiri. 1 cawan susu segar dengan 1 sudu makan cuka makan. Biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum digunakan.**

Bahan C:

113 gram unsalted butter
160 gram gula castor
Sedikit esen vanilla
2 biji telur gred A

Bahan D:

1 tbsp soda bicarbonate
1 tbsp cuka makan

Cara membuatnya:

1.  Panaskan oven pada suhu 180 degree Celcius.
2.  Satukan bahan A dalam satu bekas.
3.  Satukan bahan B dalam satu bekas berasingan. Ini bagi memudahkan kerja
4.  Di dalam bekas mixer, putarkan butter sehingga lembut atau creamy. Kemudian, masukkan gula castor dan putarkan sehingga sebati. Masukkan esen vanilla. Masukkan telur satu persatu. Putar sehingga kembang atau sebati. ( bahan c )
5.  Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli ke dalam adunan bahan C.  Putar pada kelajuan sederhana.
6. Sediakan loyang yang telah digris dengan butter. Tabur sedikit tepung
7. Satukan bahan D dalam sebuah mangkuk kecil. Kacau cepat2. Terus masukkan ke dalam adunan kek tadi. Kaup dengan spatula sehingga sebati dan terus masukkan ke dalam loyang. Cepat2 masuk ke dalam oven yang dah dipanaskan tadi.



RESEPI CREAM CHEESE FROSTING


Bahan :

500 gram cream cheese Tatura (disejukkan pada suhu bilik)
125 gram Buttercup
1 1/2 cawan gula castor
1 tsp vanilla essence
Beberapa sudu fresh milk (sukat2 sendiri)

Cara membuatnya :

1. Pukul cream cheese dan butter sehingga creamy. Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit.
2. Kalau terlalu likat, masukkan sesudu fresh milk dan pukul. Kalau masih likat lagi, tambahkan lagi sesudu fresh milk dan pukul. Masukkan vanilla essence.
3. Kegebuan frosting ni bergantung kepada anda. Jika ingin lembut lagi, tambahkan sesudu fresh milk lagi sehingga kegebuan frosting yang anda mahu tercapai. 

credit to:

p/s: dah siap meh pos sini .... hahaha


KHAZANAH :)


KHAZANAH ...


KHAZANAH tu khazanah negarakah ... ?

Hahaha .. 





No. 
Khazanah ni yayasan khazanah ..

Biasiswa yayasan khazanah , selalunye yang dapat mereka-mereka yg straight A + atau straight A's je

Semalam someone tanye siapa yang dapat yayasan khazanah ..

So, saya pun check la, mane la tau kot-kot dapat ke ..

and .. tadaaaaaa!!

guess what? . Alhamdulillah saya dapat.

Macam nak tergelak pun ade .

Ok, bukan konfem pun tapi dapat la utk iq test ke interview segala bagai ..

Dan saya tergamam . Like seriously?

 tak ingat pulak yang saya  ada mintak.

ok, ada tapi  tak habis isi pun sebab takde bidang yang saya minat . Hahaha

Jahatnya saya mengecilkan peluang-peluang mereka yang bersungguh-sungguh nak biasiswa yayasan khazanah .

Mianhae.. bukannya sengaja. 

Dan sekarang  ni dalam dilema, nak pergi ke tak nak

Ramai cadangkan pergi jelah. Timba pengalaman . Itu kata mereka.

Saya  setuju.

Maka hajat di hati disampaikan pula kepada Puan Ibu , dan ...

Ibu kata " kalau taknak, tak payah "


So, saya sebagai anak yang patuh, pun decided tak pergi ..

Ramai yang macam terkejut jugak kut ... sebab saya tak straight A's pun ..

Tapi dapat.

Itulah rezeki , bukan macam tu awak?  :)

Haisshhh ... kenapalah takde banyak scholarship untuk bidang bahasa?

Takpe nanti bila dah besar saya buka scholarship utk bidang bahasa je ... Hahaha * gelak keji*



pening kan jadi orang besar nie.. jadi budak kecik lagi best .

*Ceh tak bersyukur sungguh anda ini .



Wednesday, 10 April 2013

TAKDIR ?











DEMI Allah tuhan sekalian makhluk yang memiliki setiap yang di langit dan bumi--


TIDAK aku mempertikai qada' dan qadar.

astaghfirullah.
itu rukun iman.




gila apa aku persoal.




cuma aku hendak tau.

kenapa kita sudahkan perbincangan dengan:

"dah taqdir. qada' dan qadar. terima"

ya.
aku tidak LANGSUNG menyuruh kita tolak ketentuan rabbi.
hanya aku hendak tahu--
kenapa kita MEMILIH dalam qada' dan qadar kita?

bila ditaqdirkan kau jadi isteri nombor tiga.
kau cakap:
"dah taqdir. qada' dan qadar. kena terima".

bila ditaqdirkan kau bercinta dengan anak dara sedangkan di rumah isteri sedang sarat mengandungkan anak keempat engkau.
kau cakap:
"dah jodoh. qada' dan qadar. terima saja".

ok.
terpuji.
menyerahkan semuanya pada taqdir.

TAPI.
kenapa bila datang taqdir yang kau tak kenan--
seluruh nyawa kau berperah darah untuk berusaha melawannya?

"inche abu. inche ada kanser payudara."
"takpe. dah taqdir. qada' dan qadar. terima"

takkan la.
kau mesti sedayanya bertanya:
"apa yang saya boleh buat? bagaimana untuk saya lawan?"

atau--

bila abah kita cakap razip anak pak embong samseng kampung merisik kita.
kita memang tak hingin.
jauh sekali hendak sudi sebab dulu kecil-kecil dia memang suka tarik tudung kita masa mengaji.

reti pulak melawan qada' dan qadarnya?

soalan aku mudah.
bukankah kita tahu betapa tuhan itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubahnya sendiri.
maka bila datang perkara -perkara kelabu begini,
kenapa begitu sahaja kita sandarkan pada qada' dan qadar kita?

mengaitkan entri ini dengan tulisan yang lepas;
aku tidak menolak poligami.

demi Allah aku tidak.
malah aku begitu tinggikan mereka-mereka yang mampu mengganda isteri.
kerana setakat yang aku baca--
hanya manusia terpilih yang mampu mengamalkannya.

manusia-manusia adil dari segi harta dan jiwa,
manusia-manusia gagah yang larat memberi batin kepada kesemua isterinya,
manusia-manusia yang tinggi amal dan mulia perilakunya.

salute aku pada mereka yang mampu.

benar.
qada' dan qadar itu motto hidup kita para muslimin.
semua benda wajib dikaitkan dengan qada' dan qadar.
kereta apa kita pandu.
rumah apa kita sewa.
lauk apa kita pilih.
anak mana kita suka.

tapi tak salah berusaha merubah taqdir kita.
mencuba.
atas nama ikhtiar.
yakni memilih yang terbaik.

benar,
kahwin dua tiga kerana taqdir.
benar,
jadi isteri muda kerana taqdir.

tapi kalau bercinta belakang-belakang isteri pertama,
jenis memang sengaja bersembunyi-sembunyi bermain cinta--
layakkah dipersandar "dah taqdir. qada' dan qadar. kena terima."?

maaf topik kali ini terlalu spesifik pada poligami dan perihal suami isteri.
pada yang sudah halal berpasang,
moga diiktibarkan.
pada yang masih belum,
moga dipekakan.

kita sama-sama mencari tuhan.
kita sama-sama mencari kebahagiaan.

para suami,
kasihlah isterimu.
bagaimana pun dia hari ini yang kau benci--
pernah satu masa dahulu kau kucup ubunnya berjanji mahu berdua sehingga mati.
cari dia yang itu.

para isteri,
muliakanlah suamimu.
bagaimana mengecewakan dia hari ini yang kau geli--
pernah satu masa dahulu kau lihat dia sebagai satria yang teguh memerangi.

haih.
hidup.
macammana berselirat--
tetap kena hidup.

tapi kawan,
hidup kita di dunia puratanya 65 tahunlah paling lama.
buat apa pilih menyakitkan hati sesama kita?
bukankah lebih indah kalau kita semua bahagia penuh cinta?

salam alaik.


sumber : :)