Sunday, 31 March 2013

KONFIUS?


Ok, memang tengah konfius. Sangat konfius...


Cehh, kalau dulu konfius nak pilih soalan mana nak jawab untuk essay bio...essay sejarah pun sama je..



Pening nak pilih jawapan A, B, C atau D untuk soalan " Berikut adalah antara dalil2 yang disepakati kecuali ..."



Tension nak pilih nak pakai baju kurung warna apa untuk pakai pergi prep malam...



Sekarang nie pening untuk pilih benda lain pulak...




Apa lagi kalau bukan pilih bidang apa nak sambung after dapat result SPM ?..nak apply IPTA mana?



Nak kena isi borang untuk biasiswa apa?



Cehhh, dah besar la tu gayanya...



Hahahaha . Saya memang 'besar' :)... ok fine, dah start merapu...



Ok, tadi saya blogwalking dan terjumpa la satu post nie yang macam membantu saya jugaklah nak pilih bidang apa kan...



Kalau korang pun ada masalah yang sama, cuba try baca blog nie :)



Harapnya dapat membantu :)





okay ??






Okay, dan disebabkan itu, saya pun amiklah ujian kerjaya kat sini..

Alang-alang dah kena check kelayakan kemasukan ke ipta ,kan??

Orang kata:
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan , kan??


But the result was confusing me so much...


Dalam keputusan tu kata ,

Saya sesuai amik bidang sains pertanian, sains penternakan and so on....


Malangnya.. saya tak minat Sains and Math ..

Ok, itu agak menipu... saya minat but not Physics..

Entahla... konfius...

Yeah... kalau tanya kawan-kawan... ramai je yang sarankan saya ambil Lughah 

Ustazah pun berharap macam tu..

So, saya bulatkan tekad amik lughah ..

Jadi dengan semangatnya, saya pun pergilah isi borang nak pergi jordan, konon..

Dan inilah yang berlaku (lebih kurang ) :

Kakak : Kau nak pergi oversea?
Saya: A'ah.. orang nak gi jordan ~
Kakak : Tu biaya sendiri kan, berapa kosnya??
Saya: RM 9000 ++ .. 
Kakak : Hmmm...
Saya: Kau pun gi us kan??
Kakak : Tapi tu fully scholarship mara..
Saya : T.T

Ok.. masa tu masih ada feel lagi la nak pergi jordan , siap ajak Anis Adila ngan Wahizatul bagai,  Aifaa pun sama..

Tapi bila fikir-fikir balik... kesian kat Puan Ibu...

Maka, hasrat hati dipadam segera.

This happened on one morning:

Ibu : Kau jadi ke nak pergi jordan ?

Saya : Hmmm ... entahlah..

Ibu : Ala belajar je dalam negara, lagi senang ..


Dan ibu mencadangkan saya sambung belajar kat USIM..

Sebab dekat dengan rumah..

Lagipun lagi jimat kos...

Betulkan?? :)

And bila fikir-fikir  balik.. ada betulnya jugak apa yang seorang kawan ni pernah cakap :

" Macammana universiti kat Malaysia nie nak masuk top 100 dunia dah kalau semua yang pandai2 nak 
pergi oversea?? "

Dan.. itu agak betul...

Saya setuju..

Maksud saya.. heyy , ramai kot foreigner yang datang kat malaysia nak sambung study dekat sini..

Hahaha, kan??

So, saya dah bulatkan tekad . Berusaha. Aja-aja Fighting :)

Lastly :)



Pilih bidang yang memaaaaaang korang minat .

Tak kisahlah bidang apa? Bahasa sekalipun ... (gimme 5 )

Yang penting MINAT sebab minatlah kita takkan rasa fed up nak belajar ..

Benda yang kita suka, kan?

Contoh , korang suka mathmode , mesti korang bermati-matian lah carik solution utk soalan mathmode tu ..

See?

Pasal kerja tak payah la duk risau ... ulat dalam batu pun ada makanan , kan??

Rezeki tu ada kat mana2 je..

Contoh : orang yang ambil bidang bahasa

Sikit kut kat pelajar IPTA sekarang yang ambil bidang bahasa.

Hakikatnya baaaanyak sangat kerja yang nak pakai lulusan bidang bahasa.

Sebab orang selalu anggap lulusan bidang bahasa jadi pensyarah / cikgu je..

Cehhh .. mana aci..

Tau tak ? Berdasarkan kajian yang dibuat , bidang bahasa antara bidang yang peluang pekerjaan yang baaanyak sangat dan tak pernah terhad utk tahun tertentu je. .

So , no worry ..

Dari cikgu sampai ke duta negara peluang tu ada untuk bakal lulusan bahasa seperti kita ...
Aiwahh . Hahaha
Okay ??

Memartabat Bahasa Melayu , Memperkasa Bahasa Inggeris .. (betul ke? )

Akhirulkalam ,





Thursday, 21 March 2013

RESULT :)


Alhamdulillah...

Result SPM dah dapat pun semalam..

Integomb macam biasa, gempak gitu.. ecehh

5 org straight A + 

Ilman Ismail ( yg masuk mhi pagi tadi tu...) 

*antara org2 yang saya sangat respek la...
ketua pelajar, ketua fesi keseluruhan ,




 Firdaus Aziz
penolong ketua batch, sangat happy go lucky..



 Arif Hussaini
one of the best debaters kat sekolah, kalau speaking memang macam mat saleh..



 Adam Anuar 
sabar je ajar orang, mentor addmath saya..



the only heroine, Nadhirah Tajudin..

nasib baik ada wakil wanita, cehh haha
she's kinda cute.. antara orang2 yang mmg pro kat sekolah,
tegas tetapi lembut :)




68 org straight A's... ok what, trial spm haritu 22 org je straight A's, dan tu lah rekod terbaik sekolah..



cikgu target 100 org..



68 orang dah realisasikan..



ok apa ... maksud saya, heyy ... ramai tu...



hahaha 



Yang tak dapat straight A's tu pun terbaik lah! sebab diorang slack satu subjek,, 2 subjek macam tu...



Agak sayang,, tapi ade hikmah kan?



Maybe dapat 4 flat ke kat u nanti.. rezeki orang mane kite tau, kan?



Orang tua-tua kan ada cakap " tuah  ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tau .."



Yup! saya setuju sangat

Ada je  yg dapat straight A's semalam mereka-mereka yang tak berapa nak ditarget



Tapi tapi tapi, diorang dah buktikan, see?



Kan saya dah kata, rezeki masing-masing :)

 kalau bukan  time spm, maybe time uni , maybe time ujian kenaikan pangkat ke..



So, relaks, tarik nafas dalam-dalam ... katakan yang mungkin ni bukan rezeki korang lagi,.. 

think positive! ^_^ - ain capandi yang pesan





Saya dapat berapa? jujur, saya tak dapat straight A's yg menjadi dambaan semua pelajar...



Apa-apa pun alhamdulillah..



Sebab saya rasa apa yang saya dapat sangat lebih dari apa yang saya usaha. 

Saya tak tipu.



Saya bukan macam sesetengah kawan saya yang stay up sampai 2-3 pagi, yang tak tidur pun ada..



Dahsyat kan pelajar-pelajar integomb nie?



Saya bukan kaki buku yang pergi kantin baca buku, 

pergi dm baca buku, 

pergi surau baca buku, 

pergi riadah baca buku

setiap masa lah baca buku. 


Saya bukan macam tu.Saya baca ikut mood. *Ishhh tak patut...



Saya pun bukannya antara orang yang bangun awal pagi terus bukak buku. Itu bukan saya.



Pendek cerita, saya tak rajin mana pun, tapi Allah bagi baaanyyakkk sangat rezeki kat saya..



alhamdulillah .. :)



Cuma nak petik kata2 seorang sahabat :


Alhamdulillah :) 


Tiada sebab untuk berduka jika Allah tak memberi seperti yg kita minta, 

sedangkan hidup kita 18 tahun sudah,

Allah beri tanpa kita minta. 

وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
Dan Dia lah (Allah) yang memberikan apa sahaja yg kamu minta, dan sekiranya kamu mengira nikmat2 Allah yg telah dikurniakan kpdmu, pasti kamu tak mampu, ssghnya manusia itu sgt zalim dan ingkar (akan nikmat Allah) - 14:34

Kita merancang dengan cita-cita .
Allah merancang dengan CINTA .
--

Mabruk alaikum JUMPERZ :) ,
selamat menempuh dunia helang yg jauh lebih mencabar .

ingat misi kita;
wawasan akhirat, kunci kejayaan di dunia . ♥



Sweet kan?

Yang berjaya, tahniah, omedetou! Mungkin itu balasan atas usaha korang...

Yang kurang berjaya, jangan sedih, don't worry be happy.. jodoh rezeki kita mungkin masih belum sampai , ok?

Senyum. kan manis macam tu :)

Akhir kata,

Kata senior saya:

"You've made it this far. Good result and bad results is for you guys out there to define. Why? Cos Allah wouldn't give something bad to you, wouldn't He? Only we are the ones who always give ugly and bad stuff to everyone else.. (>_<)"

*aduhh terasa... hahaha


Monday, 11 March 2013

CANTIK ITU ...







Anyway, just take a look at this amazing video first , 






Ha, sebenarnya hari ni tetiba je tangan nie gedik nak menulis pasal cantik ataupun beauty ataupun al-jamal...




Ada orang kata cantik tu kalau kulit hang putih melepak macam kapas ...


Ada yang kata cantik tu kalau hidung hang mancung, 60 degree,,'


Ada orang kata cantik tu kalau pipi hang gebu macam bantal ...


Ada orang kata hang cantik sebab hang ada bulu mata lentik  2 inci ...


Ada yang kat hang cantik sebab hang baik...





Haaa, macam2 lah pendefinisian " cantik " nie ( ecehhh, ayat ... hahaha)


So, betullah kan orang kata cantik tu subjektif...kan? kan?? * sila angguk


Bagi saya, orang tu  betul2 dikira sangat cantik kalau dia lawa dan dia baik...


Apa-apa pun bagi saya tengok fiil dia dulu, baru saya boleh betul-betul kata orang tu cantik...


Tapi itu masa dah besar baru berfikiran macam tu.


Masa kecik-kecik dulu bagi saya orang tu lawa sebab muka dia cantik, mata bulat, hidung mancung, kulit putih melepak, kurus etc.


Hahaha.  Zaman jahil.


Masuk sekolah menengah baru saya betul-betul faham dengan apa yang saya rasa cantik tu...


Cantik itu cantik hati, cantik sahsiah dan bonusnya, cantik paras.


Sepanjang hidup  memang ramai sangaaaattt yang saya jumpa tu cantik


Jeles.

Kawan-kawan saya terutamanya, memang cun melecun la gitu ~


Peminat? Tak payah cakap. Berlambak ... :)


Satu benda yang macam pelik, kalau saya puji diorang tu cantik, mesti diorang menafikan., Tak pun cakap saya perli. 


Hahahaha , nak menjadi seorang yang tak riak mungkin?. Bagus, kan?


Saya tak tipu, ada yang muka macam Nasha Aziz, macam Rihanna, macam Fauziah Ghous pun ada, macam orang korea pun ada. Betul, saya tak tipu .


Hahahahahahahaha , rasa macam nak gelak guling-guling pun ada bile mengenangkan zaman muda mudi tu..


Hmmm, apa-apa pun cantikkan muka boleh, tapi cantikkan hati dulu :) * senyum


Tapi percayalah cakap saya, everything has its own beauty ,



*see?? Laurence Fishburne pun setuju ngan den :)

Lastly, 



____________________________________________________________________


p/s : sini saya ada petua nak hilangkan jerawat, tanpa rasa sakit ( berangin sikit je )


petua nie saya jumpa dalam majalah hijabista


saya dah cuba dah pun, mmg terbaikkk lah :)


cara2nya:


* ambil kayu manis, basahkan bawah air paip..


* masa kayu manis tu masih lembab, gosokkannya kat permukaan yang kesat macam batu lesung ke...


* amik hasil gesekan tu,,, sapu kat jerawat 


*tunggu sampai kering, bilas dengan air suam ... :)


selamat mencuba !! :)



Sunday, 10 March 2013

PENGHUKUM





Being a judgemental, it doesn't show who they are but who you are....

P.E.N.G.H.U.K.U.M



Menjadi seorang penghukum tu actually tak salah.  Kalau salah , takkan wujudlah kerjaya 

sebagai seorang hakim kan??


Ini pendapat saya.



Nilailah seseorang tu dengan hidupnya ketika ini, bukan masa lalu ...



Katakan ada seorang penagih ni, sekarang dah berubah jadi seorang usahawan berjaya...



So, kita sebagai orang lain nie, tengok dia dengan pandangan yang baik, bukan yang 

sebaliknya


Tak adillah kalau dia dihukum sebagai penagih walhal tu cerita 20 tahun dulu ... kan?



Like a saying goes " orang soleh tu ada masa lampaunya, dan orang tolih itu juga ada masa depannya 



Tapi saya tak nafikan, saya pernah menjadi seorang yang judgemental... saya rasa anda pun pernah kan ? *keningnaikkeningnaik 



Tapi itu dulu, kalau kita ni dah tau that we are being tremendously judgemental, 

CHANGE :)



Memang pahit tapi perlu...



Kita kikis sikit-sikit.  Naahh, lama-lama hilang lah :)



Nak lebih faham ?? Usha video ni dulu.








nak follow blog mat luthfi ?? tekan sini :)




Last but not least,






Thursday, 7 March 2013

POKOK EPAL









                            Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.


                          Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.



Waktu terus berlalu.
Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal itu setiap hari, seperti kebiasaannya.



Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.
Wajahnya nampak sedih.
“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.
“Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.
"Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”



Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku  tiada wang.Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu”
Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.
Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.



Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.
“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.
“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”
“Maaf aku  tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.

Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.Pohon epal itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi. Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.


Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.
“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.
“Aku sedih” kata anak lelaki itu.
“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”

“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “

Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.
Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.


Akhirnya, anak lelaki itu kembali setelah bertahun-tahun kemudian.
“Maaf anakku” kata pohon epal itu.
“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”
“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.
“Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.
Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua” jawab anak lelaki itu.
“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.
“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”
“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”


Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.


Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua
Pohon epal itu adalah ibu bapa kita.
Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita.
Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan.


Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.
Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu,
Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita.


Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat

Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.

Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta

Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..



Aduhai ayah, ibu… terima kasih engkaulah pelita dalam hatiku.. 

Ya Allah Ya Ghaffar
Tak kuasa lagi aku merangkai kata ini… 
Dan hanya permohonan dari lubuk hatiku yang penuh noda dan dosa dengan rahmatMu yang meliputi segala sesuatu Kasihanilah aku dan kedua orang tuaku… 

Demi RahmatMu yang mendahului murkaMu, daku bermohon, ampunilah dosa kedua orang tuaku
Duhai Zat yang selalu mendengarkan jeritan inilah daku yang merendahkan diri dihadapanMu. 
Amin...

Tuesday, 5 March 2013

TRULY GENIOUS :)


disalintampal dari facebook :)





Professor : You are a Muslim, aren’t you, son ?

Student : Yes, sir.

Professor: So, you believe in GOD ?

Student : Absolutely, sir.

Professor : Is GOD good ?

Student : Sure.

Professor: Is GOD all powerful ?

Student : Yes.

Professor: My brother died of cancer even though he prayed to GOD to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But GOD didn’t. How is this GOD good then? Hmm?

(Student was silent.)

Professor: You can’t answer, can you ? Let’s start again, young fella. Is GOD good?

Student : Yes.

Professor: Is satan good ?

Student : No.

Professor: Where does satan come from ?

Student : From … GOD …

Professor: That’s right. Tell me son, is there evil in this world?

Student : Yes.

Professor: Evil is everywhere, isn’t it ? And GOD did make everything. Correct?

Student : Yes.

Professor: So who created evil ?

(Student did not answer.)

Professor: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don’t they?

Student : Yes, sir.

Professor: So, who created them ?

(Student had no answer.)

Professor: Science says you have 5 Senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son, have you ever seen GOD?

Student : No, sir.

Professor: Tell us if you have ever heard your GOD?

Student : No , sir.

Professor: Have you ever felt your GOD, tasted your GOD, smelt your GOD? Have you ever had any sensory perception of GOD for that matter?

Student : No, sir. I’m afraid I haven’t.

Professor: Yet you still believe in Him?

Student : Yes.

Professor : According to Empirical, Testable, Demonstrable Protocol, Science says your GOD doesn’t exist. What do you say to that, son?

Student : Nothing. I only have my faith.

Professor: Yes, faith. And that is the problem Science has.

Student : Professor, is there such a thing as heat?

Professor: Yes.

Student : And is there such a thing as cold?

Professor: Yes.

Student : No, sir. There isn’t.

(The lecture theatre became very quiet with this turn of events.)

Student : Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. But we don’t have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can’t go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, sir, just the absence of it.

(There was pin-drop silence in the lecture theater.)

Student : What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?

Professor: Yes. What is night if there isn’t darkness?

Student : You’re wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light. But if you have no light constantly, you have nothing and its called darkness, isn’t it? In reality, darkness isn’t. If it is, were you would be able to make darkness darker, wouldn’t you?

Professor: So what is the point you are making, young man ?

Student : Sir, my point is your philosophical premise is flawed.

Professor: Flawed ? Can you explain how?

Student : Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good GOD and a bad GOD. You are viewing the concept of GOD as something finite, something we can measure. Sir, Science can’t even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing.Death is not the opposite of life: just the absence of it. Now tell me, Professor, do you teach your students that they evolved from a monkey?

Professor: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.

Student : Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?

(The Professor shook his head with a smile, beginning to realize where the argument was going.)

Student : Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going endeavor. Are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?

(The class was in uproar.)

Student : Is there anyone in the class who has ever seen the Professor’s brain?

(The class broke out into laughter. )

Student : Is there anyone here who has ever heard the Professor’s brain, felt it, touched or smelt it? No one appears to have done so. So, according to the established Rules of Empirical, Stable, Demonstrable Protocol, Science says that you have no brain, sir. With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?

(The room was silent. The Professor stared at the student, his face unfathomable.)

Professor: I guess you’ll have to take them on faith, son.

Student : That is it sir … Exactly ! The link between man & GOD is FAITH. That is all that keeps things alive and moving.

P.S.

I believe you have enjoyed the conversation. And if so, you’ll probably want your friends / colleagues to enjoy the same, won’t you?

Forward this to increase their knowledge … or FAITH. :)