Saturday, 29 June 2013

DILEMA :)



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang :)


Dahulu , sejak aku kenal dunia ...

Aku mula punyai cita meneroka tempat orang, 

Cita-citaku setinggi langit ; ingin mencuba jadi seorang perantau di negara orang :)

Ingin merasa dengan tangan sendiri sejuknya salji yang seputih kapas ...

Ingin benar melihat sendiri nilai estetika sejarah di negara orang ...

Ingin sekali menjadi seorang walad yang dibanggakan ibubapa tatkala menyebut anaknya di negara orang ... * untunglah kakak aku >.<

Tapi itu cita - citaku yang setinggi angkasa sana ...

Tak sama dengan takdir yang aku lalui, rasa sendiri ...

Tapi aku bersyukur, ditakdirkan aku masuk ke Pusat Asasi UIA :) ;

Tempat terdidiknya insan-insan terpilih dengan biah solehah yang ada di sana ..

Haaaaa mungkin betul jugak kata orang :

" Apa yang kita dapat itu, itulah yang terbaik untuk kita, dan apa yang ditakdirkan untuk tidak kita peroleh itu juga yang terbaik untuk kita ... tak ke? "

Mungkin je kalau ditakdirkan aku ke oversea, aku menjadi lagi entahpape kan?

But heyyy , untung kot dapat masuk UIA .. cehhh

Satu-satunya IPTA  yang bertaraf antarabangsa ...

Dah la antarabangsa ... islamic lagi tu ..

Weeewitt !! hebat bukan? *angguk sikit ... 


*****

Alhamdulillah ...

Boleh kata, apa yang aku harap .. semuaaaaaa aku dapat.

Aku nak dapat course bahasa arab , aku dapat.

Aku nak mahallah Zainab Jahsy , aku dapat.

Aku nak dapat tingkat 1 pun , aku dapat.

Aku nak kelas dekat je ngan asrama aku jugak aku dapat . *pemalas kan? ahaha

Aku tak nak masuk kelas English lagi, pun Allah bagi aku exempted. Cehhh

Aku nak asasi aku setahun atau setahun setengah je, pun Allah bagi aku.

Allah bagi aku exit english, arab level 6 lagi.

Dan raaaamai sangat yang se-batch dengan aku kat sana.

Lebih kurang 20 orang la kot?

Memang daebak!



****

Tapi nampaknya jodoh aku dengan CFSIIUM tak lama.

Lebih kurang dua minggu je. Tapi takpe, He knows best, doesn't he? :)

Aku ditakdirkan masuk ke IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

Macammana dilemanya aku, hanya Dia, aku ngan kawan-kawan sebilik aku je yang tau.

Nangis kot masa nak buat decision tu. Seriyes tak tipu.

Ahahaha kantoi. 

Takpe ... bukan dosa pun nangis, ye tak?

Sejujurnya aku tak berapa mengharapkan IPG.

Mohon pun sesaje.

Pergi interview pun memain.

Sebab tak mengharap sangat. 

Tak senonoh kan? . Hahaha.

Setelah bermusyawwarah dengan Yang Maha Kuasa, Puan Mama dan orang sekeliling,

Nampaknya jodoh aku dengan IPGKPI lagi kuat dari dengan UIA.

So, 21 haribulan tu aku checkout dari UIA. 

Penatt kot .. terkejar sana sini cari cop department.

Terima kasihlah Dekna teman ke sana sini.

Turun dalam 20 kilo la jugak. Ok, hiperbola di situ. 

*ni lah JUMPIIUMZ yang awesome tu !! :)

******

Dan petang 20 haribulan tu, JUMPIIUMZ buat farewell.

Sweet sangat ! Dan sangat kenyang . Ehehe.

To JUMPIIUMZ, ahli-ahli A111 ( Awanis, Bushra and Aishah ) , LQM 0616,   


You guys memang the best!

Jazakumullahu khairan kathira! May Allah bless :)





Dan ini pesanan mereka buat saya (di fb) :

And all the best in your life in everything you do. And remember one thing for sure. Life must be continued. To our sister Nadiah Noor, we from Jumpiiumz are proudly congratulate you for getting that IPG offer.. and congrats sbb dah boleh dikira sbg Alumni IIUM.. hoho.. be safe take care. . May Allah bless us. ."

Macammana? 

Manis tahap potong kaki, bukan?

Ahahaha

Akhir kata, ini pula pesan saya ;


Friday, 7 June 2013

ROSE :)








Kita selalu dengar,

Asal muslimah je  -------> mawar berduri

Asal mawar berduri ------> muslimah

Ewaaaah . Hahaha.

Tapi betul, kan?. Muslimah ni macam mawar berduri ...

Cantik. Sedap dipandang. Ada tangkai, yang connected kepada dahan, then to batang then to akar, kan?

Haaa simbolik kepada dia ada pegangan tu, perasan tak?

*******


First sekali, 

Sesiapa yang rasa dia alerjik dengan lagu korea, saya tak paksa anda dengar.

p/s: lagu ni best kot ... cehhhh

Kenapa mesti ada video ni ? Sebab ni lah inspirasi saya nak tulis hari ni. Ecehh.

******

Ni english translationnya :


My love is like a red rose
It may be beautiful now

But my sharp thorns will hurt you


Memang, cinta wanita antaranya cinta akan kecantikan.
Cantik sekarang tapi lama-lama tak cantik dah. 
Duri kat sini boleh diandaikan sebagai pegangan.
Lagi kuat pegangan, lagi tak mudah dia nak terperangkap cinta yang sia-sia.
Cinta monyet la kot. 
Memang akan menyakitkan hati orang yang begitu mengharap untuk menjalin hubungan yang belum halal.
Kerana baginya, cintanya hanya bagi yang halal *blushing*



My love is like a red rose

Yes, I may be fragrant 
                                      But the closer you get, the more I’ll hurt you                                             
 Don’t look at me with that light glance


Muslimah itu memang cantik.
DIA kan sukakan keindahan, sebab tu diciptakan semua cantik-cantik.
Daaan, sebab cantik itulah muslimah jadi menarik tertarik kau memang daboommm , kan?
Dan betul, lagi dekat lagi yang berharap akan sakit.
Sebab apa?
Sebab muslimah ni akan lagi menjauh dari orang-orang ni sebab rasa makin tak selamat.
Entah, bagi saya perumpamaannya macam tulah kan?. Tak ke? . Eheh.
Dan betul. Jangan mengusha mawar-mawar berduri ni sesuka hati anda eh?
Oit . Mata tu jaga sikit. Ghaddul basor gitu. Baru boleh osem!.
*peace

Don’t speak of love easily

If you want my heart, you need to take my pain too
Because you will be pricked by my thorns someday


Jangan lah anda ni jadi orang yang mudah mengucap cinta pada yang belum konfem halal buat anda.
Kalau tak, nanti perkataan tu jadi mainan biasa bibir anda.
Nanti tak spesel dah ... nak ke?
Dan betul. Kalau nak miliki seseorang, tak kisahlah nak ambil hati besfren anda sekalipun,
mestilah kita ambil baik buruknya :)
Bukan nak terima yang baik je, buruk kita lempar jauh-jauh.
Kalau tak suka, nasihat manis-manis, bukan paksa, boleh?.
Sebab nanti sedikit sebanyak tempias akan kena kat kita balik jugak.
Awak buat baik, dapatlah yang baik. Buat yang kurang baik, dapatlah yang kurang baik jugak, okey?

Don’t trust me too much
You don’t know me that well yet
So just run away run away
I said ooh ooh ooh

Don’t love me

You don’t know me that well yet

I said run away just run away
Don’t come to me


Sebagaimana kita ni tak mudah diberi kepercayaan, macam tu jugaklah kita jangan mudah memberi.
Yeahh !! run away run away.
Shusshh pergi jauh-jauh si pembimbing ke jalan yang tersasar.
Shushh pergi jauh-jauh orang yang nak mendapatkan cinta sebelum menjadi yang halal.
Shushhh pergi jauh-jauh pengaktif cas-cas negatif.
Camtuhaaaaa .. baru boleh jadi comel. Muahahaha.

Seeing your confidence makes me feel so bad for you
Your confident footsteps toward me looks so pitiful today

Emotions? That’s an extravagance to me

Love? That’s Obsession’s best friend

So run away just run away

Cuz you and I must come to an end

Betul lah tu. Lagi si pemberi harapan palsu bersungguh-sungguh menyasarkan kita dari landasan suci, lagi kita kesian, makin kita nak ikut cakap dia.
Eh?
Emosi?  Alaaa semua orang ada emosi.
Keee awak takde?. Heartless gitu. Hahaha teringat seseorang pulak.
Cinta memang menjadi obsesi kebanyakan orang. 
Tak percaya?
Orang yang cinta akan Tuhan akan obses untuk beribadah agar makin dekat dengan Tuhan.
Orang yang cinta akan duit akan buat apa saja cara agar dia dapat duit. Obsesi jadik kaya kot?
Orang yang cinta akan kesihatan, akan obses untuk makan macam-macam makanan kesihatan fizikal dan rohani.
Dan orang yang cinta akan hiburan dunia semata, dia akan obses dengan artis-artis dan lirik yang tak berfaedah.
Zupppppppp!! Melempang hati. Perghh terasa .
Telan ayaq liuq.

Every rose has its thorn
Every rose has its thorn

Every rose has its thorn


Ya. Setiap orang tapi lebih saya fokuskan kepada si supermuslimah ada duri tersendiri.
Sebab,
Sebagaimana lelaki pasangannya wanita,
Sebagaimana siang itu datangnya dengan malam,
Sebagaimana kiri datangnya sekali dengan kanan,
Seperti itu jugaklah datangnya mawar dengan durinya :)

Persoalannya .... kuat atau tidak ?



Wednesday, 5 June 2013

KETIKA HATI MUSLIMAH TERLUKA :(







Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menghapus air matanya dengan imannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hati-hari nya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menangis dalam do’a permohonan ampunnya terhadap Tuhannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunianya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya menenangkan hati kecilnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesedarannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia pergunakan seperti kebiasaannya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesedarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan do’a untuk keselamatan orang yang melukainya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang sekitarnya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
jalan panjang didepan matanya tetap diharunginya

Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan luluh

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya

♥♥ TETAP MENJADI MUSLIMAH…
♥♥ TETAP MENJADI WANITA SOLEHAH…
♥♥ TETAP MENJADI WANITA YANG TERHORMAT…
♥♥ TETAP MENJADI HAMBA ALLAH YANG MAHA AGUNG…


" Yaa Rabbi sudilah pandang daku ,Terangi jalan gelap ini, Jangan biarkan daku terus sendiri, Mencari mendaki jalan berduri… "


p/s: menjadi muslimah itu mudah, menjadi muslimah mukminah itu payah tau ?. Dahi kerut-kerut. 




cc: BIH