Thursday, 28 November 2013
TADI :)
Tadi ...
Dia sedarkan aku ,
Betapa cinta manusia hanya ujian,
Semakin hebat hamba
Ujian untuknya makin hebat juga.
Tadi ...
Dia kejutkan aku dari mimpi ,
Bahawa syurga tu yurannya mahal,
Bukan hanya dengan main-main sahaja
kita bisa kecapi syurga.
Tadi ...
Dia ingatkan aku ,
Betapa ilmu yang kita ada,
Wajarnya kita kongsi bersama,
Barulah boleh dipanggil ilmu berguna,
Kalau tak, tak ada fungsi ilmu yang kutimba.
Tadi ...
Dia ajak aku,
Dia ajak aku masuk syurga ,
Katanya jomlah sama-sama masuk syurga,
Lagi pula, bukankah syurga itu terlalu luasnya untuk kesemua kita?
Tadi ...
Dia ingatkan aku ,
Tentang mencintai pencipta cinta,
Sebelum kucintai yang lainnya,
Hati perlu dijaga,
Kerna semua anggota ini milik Yang Esa !
Tadi ...
Dia lamar aku ...
Dia kata jom bersahabat hingga ke syurga ?
Ok, ini memang sweet gila..
Ahahaha.
May Allah bless us all, dear :)
Thursday, 21 November 2013
DIA , UMAR :)
"Umar.. ?"
"Haah la, Umar. Sejak bila pulak kau jadi kurang-cepat-nak-pickup ni? "
"Umar Khalil dalam novel Bukan Yang Pertama tu ke?"
"Eh, bukan, bukan."
" Haaa ! Umar Aisy , chinese muslim yang suweet muweet dalam novel Jauh tu ke? " *matabintangbintang
" Err .. ? "
"Dah tu .. ?! "
"Ok, aku bagi klu. Dia macho. Dia tegas. Dia sahabat murabbi agung kita. Cer teka? "
" Laa.. Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Ribaah bin Abdillah bin Qarth bin Razaah bin 'Adi bin Kaab yang dari keturunan Bani 'Adi tu kan? Digelar al-Faruq iaitu pemisah antara yang haq dan yang batil tu kan? Umar khalifah dari khulafa' ar-rasyidin yang kedua kan? Umar digelar Amirul Mukminin jugak kan ? Kan ? Kan? Kan? Kan? Kan? "
" Err ..? "*lepas tu terus jatuh pengsan
______________
Ok, hiperbola punya kesudahan.
UMAR.
Nama ni punya satu aura yang sangat menarik hati saya tau.
Siriyes, tak tipu.
Bila dengar nama Umar rasa macam sedang berlari-lari riang di taman bunga yang harum mewangi .. rasa macam terbuai-buai dengan semangat.
Haaa kau ! Ahahaha.
Nama ni punya satu aura yang sangat menarik hati saya tau.
Siriyes, tak tipu.
Bila dengar nama Umar rasa macam sedang berlari-lari riang di taman bunga yang harum mewangi .. rasa macam terbuai-buai dengan semangat.
Haaa kau ! Ahahaha.
Tak tahulah kenapa, tapi sangat memendam impian untuk berjumpa UMAR.
Itulah saya kata, macam ada aura gitu la kot ..
Ye, saya tahu agak mustahil nak berjumpanya sebab UMAR, ruhnya dah takde kat sini, kan?
Tapi saya harap dan saya yakin, semangat UMAR al-Khattab masih ada :)
Acececehh .
UMAR.
Mulanya, dialah penentang Islam yang paling tegar.
Tapi, selepas memeluk Islam, dia antara sahabat yang paling thabat.
Lisannya sentiasa atas landasan kebenaran sehingga Allah sendiri membenarkannya dalam Al-Quran.
Sehinggakan pakcik syaiton, adik syaiton dan keluarga syaiton seluruhnya kecut perut dengannya. Lari lintang-pukang bila nampak susuk tubuhnya Umar.
Agak-agaknya kalau kita, syaitonnirrojim sekeluarga bukan lari, makin melekat.. bergayut-gayut kat kita tak .. ?
Ok, meremang bulu roma pulak tetiba. Uhuk.
Tadi, waktu nak cari tentang Umar kat internet , baru tahu ada cerita The Umar Series.
Rasa nak tengok pulak. Awak, nak join sekaki ? :)
____________________
(Zoom, klik sini)
Hmm .. kalau nak diceritakan kisah sahabat Nabi s.a.w yang satu ni, rasanya takkan habis.
Kisah perjuangan.
Kisah persahabatan.
Kisah kebenaran.
Kisah keimanan.
Kisah keberanian.
Kisah ketaatan.
Kisah keikhlasan.
Semua ada dalam kisah Umar r.a.
Macammana ? Dah rasa ke aura Umar ? :)
Apa ? Tak rasa lagi aura Umar ?
Kalau belum -- Jom! Terjah sini : Mari menjadi Umar !
Acececehh .
UMAR.
Mulanya, dialah penentang Islam yang paling tegar.
Tapi, selepas memeluk Islam, dia antara sahabat yang paling thabat.
Lisannya sentiasa atas landasan kebenaran sehingga Allah sendiri membenarkannya dalam Al-Quran.
Sehinggakan pakcik syaiton, adik syaiton dan keluarga syaiton seluruhnya kecut perut dengannya. Lari lintang-pukang bila nampak susuk tubuhnya Umar.
Agak-agaknya kalau kita, syaitonnirrojim sekeluarga bukan lari, makin melekat.. bergayut-gayut kat kita tak .. ?
Ok, meremang bulu roma pulak tetiba. Uhuk.
Tadi, waktu nak cari tentang Umar kat internet , baru tahu ada cerita The Umar Series.
Rasa nak tengok pulak. Awak, nak join sekaki ? :)
____________________
(Zoom, klik sini)
Hmm .. kalau nak diceritakan kisah sahabat Nabi s.a.w yang satu ni, rasanya takkan habis.
Kisah perjuangan.
Kisah persahabatan.
Kisah kebenaran.
Kisah keimanan.
Kisah keberanian.
Kisah ketaatan.
Kisah keikhlasan.
Semua ada dalam kisah Umar r.a.
Macammana ? Dah rasa ke aura Umar ? :)
Apa ? Tak rasa lagi aura Umar ?
Kalau belum -- Jom! Terjah sini : Mari menjadi Umar !
AL-HABLU :)
H.A.B.L.U.N
Hablun . Perkataan Bahasa Arab which means "tali".
Tak kisahlah , tali rafia yang Makcik Jumah ikat kat pokok buat ampaian tu pun dikira tali jugak.
Tali yang Tok Midin guna nak ikat sarung nangka tu pun tali jugak.
Tali yang awak buat cekik kucing tadi tu pun tali jugak. Eh ?
Tersedak.
For in the Holy Quran stated ( in Surah Ali Imran :112) that :
Tali yang awak buat cekik kucing tadi tu pun tali jugak. Eh ?
Tersedak.
For in the Holy Quran stated ( in Surah Ali Imran :112) that :
***
Tali / Rope kat atas tu sebenarnya simbolik kepada hubungan :)
Ya. Our relationship with the Lord , Allah s.w.t ( habluminallah) and orang lain (hablumminannas).
Dan ya. Memang yang disebut dalam ayat tu hanya ada hablain je (2 hablu).
Tapi tapi tapi hakikatnya ada lagi hablu lain yang kita kena jaga jugak.
Kalau tinggal salah satu, takkan hidup anda dikelilingi mawar-mawar yang merah mekar mewangi sambil arnab-arnab montel melompat gembira di taman . Indahnya !
Uhuk uhuk. Berkhayal pulak.
Hablu dengan makhluk-makhluk yang lain maksud saya.
Hablu dengan hamster Kak Cunna yang cun melecun kebabom kat seberang rumah...
Hablu dengan pokok pisang Pakcik Tan yang jual eskrem doplohsen depan sekolah rendah kita dulu tu .. ingat tak ?
Hablu dengan tanah Makcik Menah yang suka bagi karipap panas tiap petang ...
Haaa .. semua benda yang wujud yang dicipta ni pun dikira makhluk :)
Jadi , pesan saya :
Jangan hanya pentingkan habluminallah je sampai hablun yang lain terabai ,
Jangan jugak habluminallah dan habluminannas kau jaga tapi hablu yang lain kau tinggal.
Jagalah , maka kau akan bahagia !
Dalam hadis yang telah diriwayatkan Abu Hurairah r.a, dia berkata :
Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya Allah menciptakan makhluk sehingga setelah selesai menciptakan mereka, bangkitlah rahim (hubungan kekeluargaan) berkata: Ini adalah tempat bagi orang yang berlindung (kepada-Mu) dengan tidak memutuskan tali silaturrahim. Allah menjawab: "Ya." "Apakah kamu senang kalau Aku menyambung orang yang menyambungmu, dan memutuskan orang yang memutuskanmu?" Ia berkata: "Tentu saja." Allah berfirman: "Itulah milikmu." Kemudian Rasulullah saw. bersabda: "Bacalah ayat berikut ini kalau kalian mahu": Maka apakah kiranya jika kamu berkuasa kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dan memutuskan hubungan kekeluargaan?" Mereka itulah orang-orang yang dilaknati Allah dan ditulikan telinganya dan dibutakan matanya. Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran atau adakah hati mereka terkunci. (Sahih Muslim No.4634)
Dan,
Tidak sempurna iman seseorang antara kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri (Sahih Bukhari )
Last but not least :) ...
May Allah bless !
Subscribe to:
Posts (Atom)



