Thursday, 28 November 2013
TADI :)
Tadi ...
Dia sedarkan aku ,
Betapa cinta manusia hanya ujian,
Semakin hebat hamba
Ujian untuknya makin hebat juga.
Tadi ...
Dia kejutkan aku dari mimpi ,
Bahawa syurga tu yurannya mahal,
Bukan hanya dengan main-main sahaja
kita bisa kecapi syurga.
Tadi ...
Dia ingatkan aku ,
Betapa ilmu yang kita ada,
Wajarnya kita kongsi bersama,
Barulah boleh dipanggil ilmu berguna,
Kalau tak, tak ada fungsi ilmu yang kutimba.
Tadi ...
Dia ajak aku,
Dia ajak aku masuk syurga ,
Katanya jomlah sama-sama masuk syurga,
Lagi pula, bukankah syurga itu terlalu luasnya untuk kesemua kita?
Tadi ...
Dia ingatkan aku ,
Tentang mencintai pencipta cinta,
Sebelum kucintai yang lainnya,
Hati perlu dijaga,
Kerna semua anggota ini milik Yang Esa !
Tadi ...
Dia lamar aku ...
Dia kata jom bersahabat hingga ke syurga ?
Ok, ini memang sweet gila..
Ahahaha.
May Allah bless us all, dear :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

jelessss :"( hehehe...kidding
ReplyDelete