Yaaa , ini kali pertama buat kek baldu merah ni haaa...
Nasib baik jadi ...
Terima kasih tuan punya resepi :)
RESEPI RED VELVET CAKE :)
Bahan A (bahan kering. diayak. dicampur bersama):
250 gram tepung kek
2 sudu makan serbuk koko
1 tsp garam
Bahan B (disatukan dalam bekas berasingan):
240ml buttermilk
2 sudu makan pewarna merah
**Jika tiada buttermilk, boleh bancuh sendiri. 1 cawan susu segar dengan 1 sudu makan cuka makan. Biarkan selama 10 hingga 15 minit sebelum digunakan.**
Bahan C:
113 gram unsalted butter
160 gram gula castor
Sedikit esen vanilla
2 biji telur gred A
Bahan D:
1 tbsp soda bicarbonate
1 tbsp cuka makan
Cara membuatnya:
1. Panaskan oven pada suhu 180 degree Celcius.
2. Satukan bahan A dalam satu bekas.
3. Satukan bahan B dalam satu bekas berasingan. Ini bagi memudahkan kerja
4. Di dalam bekas mixer, putarkan butter sehingga lembut atau creamy. Kemudian, masukkan gula castor dan putarkan sehingga sebati. Masukkan esen vanilla. Masukkan telur satu persatu. Putar sehingga kembang atau sebati. ( bahan c )
5. Masukkan bahan A dan bahan B secara berselang seli ke dalam adunan bahan C. Putar pada kelajuan sederhana.
6. Sediakan loyang yang telah digris dengan butter. Tabur sedikit tepung
7. Satukan bahan D dalam sebuah mangkuk kecil. Kacau cepat2. Terus masukkan ke dalam adunan kek tadi. Kaup dengan spatula sehingga sebati dan terus masukkan ke dalam loyang. Cepat2 masuk ke dalam oven yang dah dipanaskan tadi.
RESEPI CREAM CHEESE FROSTING
Bahan :
500 gram cream cheese Tatura (disejukkan pada suhu bilik)
125 gram Buttercup
1 1/2 cawan gula castor
1 tsp vanilla essence
Beberapa sudu fresh milk (sukat2 sendiri)
Cara membuatnya :
1. Pukul cream cheese dan butter sehingga creamy. Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit.
2. Kalau terlalu likat, masukkan sesudu fresh milk dan pukul. Kalau masih likat lagi, tambahkan lagi sesudu fresh milk dan pukul. Masukkan vanilla essence.
3. Kegebuan frosting ni bergantung kepada anda. Jika ingin lembut lagi, tambahkan sesudu fresh milk lagi sehingga kegebuan frosting yang anda mahu tercapai.
credit to:
p/s: dah siap meh pos sini .... hahaha

No comments:
Post a Comment