Wednesday, 10 April 2013

TAKDIR ?











DEMI Allah tuhan sekalian makhluk yang memiliki setiap yang di langit dan bumi--


TIDAK aku mempertikai qada' dan qadar.

astaghfirullah.
itu rukun iman.




gila apa aku persoal.




cuma aku hendak tau.

kenapa kita sudahkan perbincangan dengan:

"dah taqdir. qada' dan qadar. terima"

ya.
aku tidak LANGSUNG menyuruh kita tolak ketentuan rabbi.
hanya aku hendak tahu--
kenapa kita MEMILIH dalam qada' dan qadar kita?

bila ditaqdirkan kau jadi isteri nombor tiga.
kau cakap:
"dah taqdir. qada' dan qadar. kena terima".

bila ditaqdirkan kau bercinta dengan anak dara sedangkan di rumah isteri sedang sarat mengandungkan anak keempat engkau.
kau cakap:
"dah jodoh. qada' dan qadar. terima saja".

ok.
terpuji.
menyerahkan semuanya pada taqdir.

TAPI.
kenapa bila datang taqdir yang kau tak kenan--
seluruh nyawa kau berperah darah untuk berusaha melawannya?

"inche abu. inche ada kanser payudara."
"takpe. dah taqdir. qada' dan qadar. terima"

takkan la.
kau mesti sedayanya bertanya:
"apa yang saya boleh buat? bagaimana untuk saya lawan?"

atau--

bila abah kita cakap razip anak pak embong samseng kampung merisik kita.
kita memang tak hingin.
jauh sekali hendak sudi sebab dulu kecil-kecil dia memang suka tarik tudung kita masa mengaji.

reti pulak melawan qada' dan qadarnya?

soalan aku mudah.
bukankah kita tahu betapa tuhan itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubahnya sendiri.
maka bila datang perkara -perkara kelabu begini,
kenapa begitu sahaja kita sandarkan pada qada' dan qadar kita?

mengaitkan entri ini dengan tulisan yang lepas;
aku tidak menolak poligami.

demi Allah aku tidak.
malah aku begitu tinggikan mereka-mereka yang mampu mengganda isteri.
kerana setakat yang aku baca--
hanya manusia terpilih yang mampu mengamalkannya.

manusia-manusia adil dari segi harta dan jiwa,
manusia-manusia gagah yang larat memberi batin kepada kesemua isterinya,
manusia-manusia yang tinggi amal dan mulia perilakunya.

salute aku pada mereka yang mampu.

benar.
qada' dan qadar itu motto hidup kita para muslimin.
semua benda wajib dikaitkan dengan qada' dan qadar.
kereta apa kita pandu.
rumah apa kita sewa.
lauk apa kita pilih.
anak mana kita suka.

tapi tak salah berusaha merubah taqdir kita.
mencuba.
atas nama ikhtiar.
yakni memilih yang terbaik.

benar,
kahwin dua tiga kerana taqdir.
benar,
jadi isteri muda kerana taqdir.

tapi kalau bercinta belakang-belakang isteri pertama,
jenis memang sengaja bersembunyi-sembunyi bermain cinta--
layakkah dipersandar "dah taqdir. qada' dan qadar. kena terima."?

maaf topik kali ini terlalu spesifik pada poligami dan perihal suami isteri.
pada yang sudah halal berpasang,
moga diiktibarkan.
pada yang masih belum,
moga dipekakan.

kita sama-sama mencari tuhan.
kita sama-sama mencari kebahagiaan.

para suami,
kasihlah isterimu.
bagaimana pun dia hari ini yang kau benci--
pernah satu masa dahulu kau kucup ubunnya berjanji mahu berdua sehingga mati.
cari dia yang itu.

para isteri,
muliakanlah suamimu.
bagaimana mengecewakan dia hari ini yang kau geli--
pernah satu masa dahulu kau lihat dia sebagai satria yang teguh memerangi.

haih.
hidup.
macammana berselirat--
tetap kena hidup.

tapi kawan,
hidup kita di dunia puratanya 65 tahunlah paling lama.
buat apa pilih menyakitkan hati sesama kita?
bukankah lebih indah kalau kita semua bahagia penuh cinta?

salam alaik.


sumber : :)

No comments:

Post a Comment