Monday, 13 May 2013

TEMUDUGA IPG 2013 ( INSAK) :)


Tadaaaa...

Alhamdulillah lepas saringan pertama IPG. Maka, temuduga.

Temuduga macam yang awak-awak nampak, 13hb Mei.

Ya, itu hari ini.

Hahahahaha.

Jujur, tak pernah menyangka nak jadi cikgu,pensyarah mungkin.

Tapi, rezeki kan, kata orang?

Walaupun bertolak awal, tapi jalan sesak. Lambat sampai.

Sampai-sampai je, dah 8.30 pagi. Haishhh takut jugak kalau tak sempat. Tapi nasib sempat.

Cakap apa? . Alhamdulillah :)

Dalam rushing-rushing tu, ternampak lah kertas biru, tertulis;

" Taklimat Temuduga Program Ijazah Muda Lepasan SPM  2012, di Dewan Mohyideen ..."

Maka, saya yang dah bagai tak tentu hala ni, berkejar-kejar lah ke dewan tu, dan ini yang berlaku ...

Dalam dewan ramai orang, duduk ala-ala nak ambil SPM , baaaanyak sangat beg kat luar dan saya pun....

Saya : ( nampak cikgu berdiri kat belakang dewan ). Assalammualaikum cikgu, saya temuduga IPG harini. Maaf cikgu saya lambat,. Boleh tak saya nak ambil ujian INSAK sekarang ? *sambil pegang pensel, nada cemas.

Cikgu :  Oh... ujian INSAK kat blok sana eh? Tu... * sambil tunjuk bangunan lagi satu.

Saya: Eh? ... Oh terima kasih ...( maluuuuunnyaaaaa!! )

Sampai kat bangunan yang dimaksudkan ...

Seorang cikgu India tegur..

Cikgu : Awak blok ni ke? 
Saya : Cikgu, ni blok apa?
Cikgu,:Ni blok B, yang tu C, untuk sains..
Saya : Ohhh... cikgu blok A mana?
Cikgu : Tu... dekat belakang tu ..
Saya: Oh, terima kasihhh

*time nie rasa macam dah tinggal harapan je tau tak?



( time tu saya nampak diorang dah mula jawab dah, kalau korang, korang cuak tak? . Mestilah kan? )

Berjalan ...dan berjalan ...

Yeayyy!! Akhirnya jumpa jugaklah blok A. 
Tapi tapi tapi...
Dah nak start dah ...

Memang time tu rasa macam ..

" Harapan .... harapan menjadi layu ~ .."

Haishhh . Mudah bebenor putus harapannya.

Tapi tapi tapi ..

Nasib baik sempat . Masa saya masuk tu, mereka-mereka dah isi borang OMR dah. Cuma, belum start jawab. 

N.A.S.I.B.B.A.I.K

Mata saya melilau-lilau mencari  Nadira Zanuri . Tak jumpa.

Nampaknya, tak ramai. 24 orang calon. Lima kumpulan. Saya orang terakhir dari kumpulan terakhir.

Eheh.

Dan tak lama lepas tu, INSAK pun bermula...

135 soalan. 30 minit .

Jangan risau, senang je. Cuma, rasanya macam diri ni hipokrit pulak.

Mianhae. Bukan niat diri ini mahu menjadi hipokrit. Bukan . Eheh.

Satu soalan yang paaaaling saya ingat. ( lebih kurang )

" Pelajar yang mana satu akan lebih anda utamakan?"

a) lembap tetapi rajin. * kekejaman*
b) pandai tetapi malas.

Haaaa ... itulah antara contoh soalannya.

Dalam pukul 9.20 pagi. ujian tamat. Tamat.

Haaaa, lagi satu.. pastikan cukup 135 jawapan. Kalau tak cukup....

OUT

Memandangkan interview saya pukul 2 petang, saya dan ibu pun menjadi kutu rayau seketika.

Pergi Bintang Mall . Tutup.
Pergi  perpustakaan awam . Tutup.
Maka, kami ke Billion.

Nasib baik, buka.

Pergi beli barang-barang sikit sambil menunggu waktu berlari ke angka 2...

Aiwah.

*some view of IPG Kampus Pendidikan Islam.





to be continued...

4 comments:

  1. Cntiknye ipg pndidikn islam..btw thnx for sharing..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha ...
      tapi ain cantik lagi la....cehh ^_^

      Delete
    2. =..= im gonna miss u baby..bile lg nk jmpe..nk kol free..hmm

      Delete
    3. ain .. baru pasan comment ain ni -_- "

      Delete