Sunday, 5 May 2013

-_- "





Yeah , semalam dah officially keputusan PRU13

nampaknya pentas siasah negara milik BN

Tahniah ...

Yang tak berjaya, 

Tak apa, PRU14 kan masih ada ? :)




Haishhh , saya bukanlah penyokong tegar mana-mana parti, tau ?

Cuma saya agak terkilan dengan sesetengah pihak yang kutuk parti sana, kutuk parti sini ...

Rasa tak puas hati memang akan ada, jangan risau, saya faham ...

Cuma, tak perlulah anda nak tunjukkan bahagian diri anda yang kurang manis dengan menge'post' status-status yang saya rasa tak perlu.

Membuat video-video yang hanya menjemput perpecahan ke dalam masyarakat Malaysia.


Tak puas hati ? 

Rasa macam keputusan biased kepada parti tertentu ?

Tapi kita kena ingat ,

Manusia merancang dengan cita, Allah merancang dengan cinta :)

So, senyum ,

Kadang-kadang kita nak rama-rama ,

Allah bagi ulat bulu satu,

Allah bagi kita terima,

Mungkin nak suruh faham sesuatu :)

Kan? * sila angguk


Hmmmm, dan lagi satu yang saya saaaangat tak faham.

Tertanya-tanya.

Kalau berkempen , kita kempen manis-manis.

Bagi orang yang dengar sejuk hati .

Tapi, yang saya perasan, parti A kutuk parti B.

Parti B fitnah parti C.

Parti C tuduh parti A.

Heloooo ... ?


Haiiyyyaaaa...

Sedih saya tengok..

Sampaikan satu hari ,

Saya ; Ibu, haishhhh tak suka la ( politik etc... ). Teruk.

Ibu  ; Politik tu tak salah pun . Yang salah orang-orang yang mengotorkan politik tu .

Memang .

Sedangkan Nabi Muhammad dulu pun terlibat dalam politik.

Tapi tengok ? Nabi buat politik manis-manis gitu .

See ? Tak ada apa-apa masalah kan?

Ramai yang sokong.

Yaaaa ! Camtu lah politik yang kita mahu.

Suci dan murni. Eheh.

Akhir kata, tak mau gaduh-gaduh.

Ada problem? Berbincang elok-elok.

Nampak tak function wujudnya perkataan ' berbincang', 'berunding', 'negotiate' tu ?

Hahahahaha.

Okay. Tegangkan balik dahi anda yang dah berkerut-kerut tu .

Senyum :)

Haa ! Kan manis camtu ...


Memetik kata-kata kak Ai;

" Sudah-sudah  la politik. Sudah berlalu. Sekarang...
Mari bertaubat setelah kita kutip dosa2 spanjang demam PRU13.
Mari bertaubat atas semua fitnah yang kita tabur.
Mari bertaubat kerana menyebarkan khabar-khabar yg tak pasti kesahihannya.
Kepada yang berkata benar, jgn bengang jgn terasa kerana di akhirat nanti kebenaran itu sendiri akan menyelamatkan anda daripada azab.
Kepada yang berkata dusta, bagus juga anda terasa kerana itu tandanya ada kesedaran dalam diri anda. "


Bak kata Syahmi Akif :


"Kita perlu pandang ke hadapan.. tak payah risau.. Allah tahu kerja dia.. 

persoalannya bukan boleh atau tidak kita bermain kotor.. kerana Allah sendiri akan mengazab org yg berlaku tidak adil.. kalau tak letak ayat Quran atau dalil mahupun hadis pun kita sudah tahu kerja yg maha Esa.. namun persoalannya berkenaan bagaimana kita berfikir dan menerima sesama ISLAM utk masa akan dtg.. ? "


Allah tak bagi sebab Dia tahu kita tak bersedia..  

Seperti yang Aisyah Zainal bagitahu,

Kita tak kalah, cuma tak menang. 
Kita mohon, semoga dalam tempoh lima tahun akan datang, hati kita tetap kekal di atas agamaNya. Mohon semoga dalam tempoh lima tahun ni, Allah beri yang terbaik kepada kita. Ketentuan Allah amat seni, tiada siapa yang tahu. Pasti ada hikmah disebalik segalanya yang berlaku. 

One more thing, jgn sebab pilihanraya ukhuwah terjejas. Boleh nak pertahankan pendirian masing2x tp jgn terlampau extreme. Nabi ajar kita supaya bersifat wasatiyyah. Bersederhana.

"Wahai Dzat tang membolak- balikkan hati, teguhkan hati2x kami di atas agamaMu"


Kata saya :

" Sungguh Tuhanku dan Tuhanmu itu Maha Adil. Jangan kau persoal qada' qadar-Nya. "


Last but not least,


Al-Baqarah, 2 ; 216









No comments:

Post a Comment