Wednesday, 15 May 2013

JEALOUSNYA !!





Nampak orang ada Iphone5 . Jeles.

Dengar kawan kena puji dengan cikgu. Jeles.

Hidu kek orang lagi sedap dari kita. Jeles.

Nampak pakwe kawan bagi cekelet. Jeles.

Tengok orang muka lagi putih, licin, gebu dari kita. Jeles.

Kawan kita lagi pandai dari kita. Jeles.

Tengok kawan kita ada pakwe pun jeles. 


p/s : Untunglah ada pakwe. Cehhhh .. 

***

Betul tak?

Sila angguk. Jangan risau, takde siapa nak usha anda . Hahahahaha.

Terkadang ada rasa jeles dengan orang yang rezekinya lebih daripada kita, kan?

Terkadang kita terfikir kenapa kita tak dapat benda yang sama, kan?

Terkadang rasa macam kenapa mesti dia yang dapat ? Bukan kita?

Terkadang kita persoal, kan?

Itu biasa. Lumrah manusia.

Manusia ada hati bukan?
Kalau tak takkan wujudlah peribahasa ' berhati perut ", ye tak?

Manusia ada akal bukan?
Kalau takde, manusia sespesies dengan monyet, katak, beruang ... ye tak?

Dan tiap manusia tu sebenarnya ada nafsu, tau?
Kaum adam, akal sembilan nafsu satu.
Kaum hawa dicipta indah dengan sembilan nafsu dan satu akal.

Haaaaa ... ada tak ketiga-tiga benda ni pada anda?

Kalau takde, sila berpindah ke Zoo Negara. Hutan rimba pun boleh juga. 

Shuhhh ... shuhh.. Hahahaha. 

***
Berbalik kepada topik.

Rezeki orang lain-lain. Tak payah cemburu.

Kita tak tahu apa yang dia buat sampai dia dapat rezeki sebanyak tu.

Betul tak?

Kita tak tahu. Entah-entah dalam diam, dia pun cemburu dengan kita.

Jadi senyumlah :)

Tunjuk sikit gigi anda yang bersinar bak bintang di langit malam. Eheh.

Paling penting, tanam sifat qanaah ; sikap rasa cukup dengan apa yang ada.

Ibu saya selalu pesan :

 " Kalau kita berada kat bawah, jangan down. Cuba tengok? ada tak yang lagi bawah dari kita? Kalau kita berada kat atas, jangan berbangga sangat. Sebab pasti akan ada yang lagi atas dari kita ."

Itu yang Puan Ibu selalu pesan.

Sebab dengan cara tu lah kita dapat didik diri kita jadi orang yang bersyukur.

Orang-orang yang bersyukur tu .... Tuhan sayang tahu?

Nak tak jadi orang yang Tuhan sayang? . 

Sebab tu, bila kita dapat something yang osem, kita kena ucap alhamdulillah :) .

Yang lagi bagus, share dengan orang lain. * tapi kalau dapat zaujah lawa... tak perlu kot?

Anda nak tahu tak? 

Manusia cemburu yang pertama ialah Habil ( anak Nabi Adam )

Habil cemburu sangat dengan Qabil sebab dapat berkahwin dengan Iqlima yang lawa.

Sedangkan, Habil ni kena kahwin dengan Labuda yang tak berapa nak cun.

Disebabkan tu lah, berlaku pembunuhan pertama kat bumi ni.

Haaaaa ... awak-awak nak ke macam tu?

Jangan sebab cemburu kita tu, kita buat something yang tak osem.

Tak naklah eh?. Haritu kata nak jadi soleh solehah.

Kan?

Nak bawa famili kita, kawan-kawan kita masuk jannah sekali kan?

Jadi, jom !



* nak ke orang fikir kita fikir diorang lagi osem dari kite? Tak mau kan?



Tapi sebenarnya, saya jeles dengan awak.

Sebab apa? . Sebab awak seorang yang punya sifat syukur. Eheh.

Omedetou ! 







3 comments:

  1. Cara u tulis blog amat ohsem..I jeles..eheh.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha...

      tapi you hafal peta teminal 1 , lagi I jeles.. hahahaha

      Delete
    2. Hahahahahaha..hafal peta..adoyy.. ^^

      Delete