MEMENTO 2012 .
Terima kasihlah sudi menempatkan karya kami yang tak seberapa nie dalam helaian anda :)
****
Pena 1000 keinsafan
|
Dia
keluarkan semuanya. Semua yang ada dalam kotak biru, hijau kuning, merah dan
semuanya dia selongkar. Dia semakin risau...ngeri... Matanya sudah
merah...Kotak biru miliknya sudah hilang...catatan amalnya sudah tiada. Yang
ada cuma kotak merah yang berisi catatan
kejahatan, begitu pantas ATID mencatat. Semuanya ATID tulis, penanya memang tak
pernah alpa dari sebarang perbuatan...
“Ya Allah!
Mana amalanku sepanjang aku hidup? Di mana hilangnya?”, dia menjerit ketakutan
. “Adakah solatku, zakatku,sedekahku dan segala kebaikanku tak dicatat? Malaskah RAQIB? Tak mungkin. RAQIB
tak pernah cuai dan alpa dalam lakukan apa yang Allah suruh,” hatinya
berterusan tertanya-tanya. Sesekali matanya melilau melihat manusia yang bagai
koloni semut itu. Sesekali pula tunduk malu melihat ragam manusia yang tanpa
seurat benang pun...
“
Uweeek!”, cecair hijau tersembur daripada tepi mulutnya yang sedikit herot.
Tatkala itu matanya tertarik ke arah satu golongan di hujung sebelah kirinya.
Mereka makan peha masing-masing, mereka makan tangan masing-masing serta usus
perut mereka yang terjurai-jurai. Jeritan dan lolongan bagai anjing gila yang
bersahut-sahutan tak berhenti-henti kedengaran di telinganya. Dia mendongak ke
atas. Cemeti hidup sudah diangkat. “Hancurlah aku!”, dia menjerit. Pemilik
susuk tubuh yang sasa dan bermata merah itu sudah sedia untuk melibasnya.
“Arghhh!
Sakitnya ya Allah!”, air mata merah mengalir di pipinya yang hanya menunggu
detik untuk luruh. Kotak kehidupannya hancur lumat. Lampiran amalnya dibelek.
Mungkin Cuma satu dalam sejuta sahaja amalnya, yang lain hanya dosa. Dia
kerahkan keringatnya membaca lampiran yang jatuh di hadapan matanya.
20 Rabiulawal-bergaul bebas di pesta
rock...
21 Rabiulawal-bertengkar dengan ibu
bapa...
22Rabiulawal-...
Malam itu..
“ Zila, sekali saja ...okey?!, nanti
kita kahwinlah, “rayu Qarun. Adegan
seterusnya telah dicatat oleh ATID. Dia sudah tidak mampu menahannya.
“Arghh!”, raungnya sekuat hati. Anak
tekaknya bagai sudah terkeluar. Cemeti hidup rakus membantai tubuhnya. Hancur
tulang belakang. Setiap otot di dalam badannya bagai sudah menjadi sejuta
sepsis. Tulang-tulang bertaburan menjadi debu. Namun, kuasa Azzawajalla
mengumpulkannya semula. Kepedihan dan keperitan tak dapat digambarkan. lnilah
balasan Tuhan. Setelah dihitung amal dam dosa, dia tercampak ke alam barzakh.
Lain benar rasanya. Sunyi. Sepi. Dia tersembam ke pembaringan. Kain kapan sudah
koyak. Hancur dimamahtanah. Lama agaknya dia di sana. Bilik ‘hotel’ dirasakan
amat panas membakar selirat urat-urat di dalam badan. Dinding bilik kian rapat
dan menghimpit.
“Krak...krak...krak”
Tulang hancur dihimpit. Dia kaget.
“ Kau hidup
20 tahun 21 hari. Lantas mana sahaja amalanmu?”, satu suara garau menerpa. Agak
lama dia berdialog dengan pemilik suara itu. Keperitan dan kepedihan di badan
sudah tidak tertanggung. Lipan-lipan serta cacing-cacing sebesar lengan orang
dewasa merayap-rayap di atas badannya. Lalu, menggigit daging yang masih
tersisa. Meninggalkan tulang yang keras bak batu.
Dia lihat ke
hujung. Tampak sekelumit Nur yang mungkin bisa menyelamatkannya. Dengan
berbekalkan tenaga yang tak seberapa, kakinya dilangkahkan. Dia bernasib
malang, cahaya yang diharapkan menjadi penyelamat hilang, sekelip mata cuma.
“Hah!”, keluhnya resah. Tekaknya
kering. Perutnya bergendang lapar. Matanya menoleh ke kiri kanan mencari
penghilang haus dan kelaparan. Meraba-raba dalam kegelapan pekat, tangannya
tercapai sebuah mangkuk.
“Ya Allah!
Bersyukurnya aku”, hatinya lega seketika. Tak berapa lama kemudian, dia
meraung. Lelehan air yang masuk ke celah tekaknya terasa perit. Lidahnya bagai
ada ketulan asing.
“Eww”, dia
mual. Rupa-rupanya, air tersebut ialah air nanah bercampur kudis. Perutnya
menolak-nolak ingin menyembur semula namun, tiada daya.
Diraba-rabanya
lagi. Harapannya mampu mencari makanan untuk dimakan. Dia menjerit kecil.
Tangannya tercucuk duri. “Mungkin inilah buah zaqum”, terdetik hatinya. Dia
sudah tidak peduli. Buah berduri itu disantapnya. Bagai koyak segala urat dalam
badannya. Apakan daya, dia lapar. Makanan pilihan lain, adakah?
Dia
terus berjalan dalam gelita. Terdengar suara desiran air. “ Sungai!”, hatinya
berbentak kecil. Langkah dipercepat, harap cepat sampai ke sana. Setibanya di
sana, mukanya segera disembamkan.
“
Argh!!’, anak tekaknya bagai mahu putus menjerit. Kulitnya melepuh disaluti air
logam cair yang disangka sungai. Dia lantas terfikir: “ Mengapa aku seorang
sahaja?... mana yang lain? Tolol... jahilnya aku!!. Kalau aku ada kawan mesti
mudah. Tidak....tidak!! lelaki tak guna itulah yang membawa aku ke sini!....tak
guna kau !, “ dia menjerit penuh amarah.
Keadaan
kian kacau. Setiap hari dia disebat dengan belati cemeti hidup. Dia persis
sedang berlakon dalam bangsawan. Tiba-tiba, tangannya bergerak ke arah matanya
lalu merobeknya dengan rakus. Biji matanya lantas ditelan menghilangkan
kelaparan yang kian menggigit dinding usus.
Begitulah
keadaannya setiap hari. Memakan dagingnya sendiri. Hanya mampu bertahan untuk
empat puluh hari sahaja. Suasana seperti
kelmarin datang lagi. Cahaya merah api neraka menyuluh kelibat-kelibat manusia
durjana. Lautan manusia saujana memandang...mentari menyinar manusia sejengkal
cuma. Penuh sesak.
Dia
rasa semuanya ada. Penjahat, penyamun, perogol, perasuah dan peragut...
semuanya ada. Dari nabi Adam a.s dan hawa hingga manusia paling akhir pun ada.
Panas. Sangat panas. Membakar segenap tisu-tisu badan. Kelihatan juga yang
berkepala babi, anjing dan sebagainya. “ Sudah kiamatkah dunia
ini?”,bendukannya dihujani soalan yang bertalu-talu.
Dia
melihat ke hadapan...ada satu pentas...ada satu dacing. Setiap orang dipanggil
dan menunggu giliran untuk ditimbang. “ Beratur ya?,” tanya seorang pemuda yang
dipenuhi lipan dan cacing di lidahnya.
Seorang
tua lalu dibelakangnya lalu memekik...
“ Hei, akulah Aristotle
...akulah...sah aku ini sudah mati atau kau telah kembali ke 100 000 tahun
dahulu atau kau sedang mati?”
Dia
tersedar. Bajunya disimbahi peluh sebaldi. Dadanya sesak. Semput. kilauan kaca
jernih dari mata jatuh mengalir di pipi. Dia insaf. Dia tahu dia berdosa.
Azamnya kuat. Insaf. Taubat nasuha dilakukannya dengan harapan dia ke syurga.
Insya-Allah...
p/s: second time sya hantar karya, walau tak sehebat karyanya aristotle atau shakespears, ia masih dikira karya jugak, kan? . Eheh.
No comments:
Post a Comment