Monday, 13 May 2013

TEMUDUGA IPG 2013 ( GROUP INTERVIEW) :)


Hati berdugeun-dugeun je tunggu dipanggil masuk.

Untuk pengetahuan awak-awak, tahun ni dah takde interview individu. Mansuh.

N.A.S.I.B.B.A.I.K

Sementara dipanggil, sempat jugak berkenalan dengan ahli group.

Sepatutnya, kumpulan 5 ada 7 ahli . 6 perempuan 1 lelaki .

N.A.S.I.B.B.A.I.K

Hanya tinggal 3, saya, ain dan siti.

Hahahaha. Bahagia betul hidup masa tu. 

Tak lama lepas tu, kami dipanggil masuk.

Interviewers kami 2 orang, ustaz dan ustazah.

Mereka nampak saaaangat baik. Eh, awak pun sama je... hahaha nak jugak.

Calon 1 : Ain Nabila ( orang penang)
Calon 2 : Siti Mahmudah ( orang tanjung karang)
Calon 3 : Nadiahnoor 

Kami disusun ikut nombor. Pastu dipaksa pakai pelekat nama yang besar. Lawak. Fail bagi kat interviewer.

Interview group ada 3 sesi

Sesi 1

Semua kena perkenalkan diri. Nasib baiklah dalam bahasa Melayu je. Kalau arab? . Saya out dah kot.

Hahaha.

Calon pertama ayat memang ayat karanganlah... Seriyes tak tipu.

Calon pertama :

" Nama saya ....... Saya mula sedar saya mula meminati bidang perguruan sejak menonton cerita hindustan yang menceritakan ...... "

reaksi saya :  0.o

Calon kedua  ( pemenang syarahan dahulukala ):

Seriyes macam nada syarahan. Dahsaatt...

" Nama saya .... Saya tidak sedar akan kebolehan saya dalam mengajar .... Ustazah saya ... "


p/s: memang mereka guna bahasa baku. Seriyes tak tipu. 

Calon ketiga :

" Nama saya .... Saye tak tau pun saye ni ade kelebihan dlam arab  So, saye.... "

p/s: nampak tak bahasa-bahasa pasar kat situ? . Saya je kut yang guna bahasa-ikut-suka-hati. 

Sesi 2

Kami ditayangkan dengan satu video dan ada 3 soalan . Video ni,


Mula-mula memang rasa macam lawak sangat . Siap ikut nyanyi lagi kut.

Hahahaha.

Tiba-tiba..

" okay, sekarang kami nak kamu ulas tentang video ni " 

Calon 2 : Bagi saya, ucapan terima kasih ........

Calon  3 :  Hmmm betul tu ... * angguk-angguk .. Bagi saya.....

Calon 1 : Saya bersetuju dengan Nadia dan Siti ... itulah.....


" Bagaimana kamu nak pupuk budaya ucap terima kasih dalam kalangan pelajar? "


Calon 3: Bagi saya, orang kata, melentur buluh biarlah dari rebungnya..

Calon 1: .. hmmm.. saya setuju, bagi saya kempen...

Calon 2: Hmmm betul..... nadia dah bercakap dari sudut ibubapa, ain dah cakap dari sudut media massa , sekarang saya ingin berkata dari sudut ....


" Bagaimana pula nak semaikan rasa terima kasih dalam kalangan ibu bapa kepada guru? "

* krik3.. semua blank

Mungkin ustaz tu sedar ke'HAMBAR'an kat situ .. jadi " okkay, mula dengan ain "

Calon 1 : Saya rasa ...

Calon 3 : Kalau kita lihat sekarang ini ibubapa..... *entah apa sampai keluar kerajaan bagai ... memang dah tersasar di jalanmu ...

Calon 2 : Kalau di sekolah-sekolah pasti ada Persatuan Ibubapa....

" okay, terima kasih "

sesi 3 

Memang full bahasa arab . Mak aihhhh...

" Al'an antunna tunakisyuna an qoryati "

Seriyes time tu blank sangat apekejadahnya qoryati. Tak lama lepas tu baru ingat. Oh, my kampung!

Calon 1 : Qoryati fi .....

Calon 2 : Qoryati  ....

Calon 3 : Qoryati jamilah  wa ro'iah ... * lepas tu dah macam -_-


p/s: time ni korang merapu je tapi merapu biarlah ada kaitan . Bukannya, bincang pasal sayur, tetibe sesat pulak ayam ok? ... remember! always confident.

Dan tamat .

First time kut interview.

Ok, interview QTI untuk amik lesen tak dikira. OUT.

Apa-apa pun, untuk yang akan ke interview IPG. Relaks. Takde soalan pelik-pelik keluar.

Untuk : 

AIN NAZIRA, SITI AMIRAH SHAHEERA, ANIS ADILA, NORWAHIZATUL, NABIHAH AZRON, IZZATY LIYANA AZIZAH, NINOT AMANINA

dan korang-korang yang akan ke interview :)



26 comments:

  1. Cuaknyerrrrr...esok iv..alamak..kalo gugup xtau laa..permudahkn urusan kami yaAllah n thnx for sharing nano.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ain!! fighting!! :)

      ahaha okkay... menunggu update ain plak :)

      Delete
  2. doakan saya untuk 14hb ny.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah :) buat elok-elok dik . Aja-aja fighting !

      Delete
  3. Akak ambik Bahasa Arab ye? Akak doakan saya untuk 15 mei ni ye. cuak jugak. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah :) insyaAllah :) buat elok-elok dik . Aja-aja fighting !

      Delete
  4. Assalamualaikum kak. Saya pun ambil BA juga.. Nervous sangat2 ni. Die takde tanya dalam English ke? Also, ujian amali perlu buat apa pula?

    ReplyDelete
  5. waalaikumsalam dik :) wahh sep sikit ! hehe. Masa intake akak, just dalam BM dan Arab je. Takde english .

    Kitorang takda ujian amali. So, i'm not pretty sure about it . Sorry. Anyway, gudluck dik ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh, really? Too bad lah.. Ingatkan ade jugak amali.. Anyway, tahnks a lot, Kak!

      Delete
    2. Yup ! okay. u're the most welcome dear :)

      Delete
    3. Yup ! okay. u're the most welcome dear :)

      Delete
  6. akak, thanks for the sharing. inshaAllah bakal bertemuduga utk ba juga isnin ni. Akak skrg belajar di mana ye? tertanya-tanya jugak utk ujian amali��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh..samelh kite..hehe..interview ba hari isnin nnti..insyaAllah..btw,najihah pljr mits eak?:) so,interview kat ne?ipg kampus islam,bdr baru bangi ke?

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  7. Akak..nk tnya..time sesi ckp fully ba tu kn..mmg skjap je ke?bincang satu topik je eak?

    ReplyDelete
  8. akak..pendidikan pemulihan tue camne...?

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum..mse sesi kena ckp fully bahasa arab tu dia ade bgi mse ke untk ckp tu?pastu cuma satu tjuk ke yg dia beri atau ade byk tjuk?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. masa interview kena buat resume ke?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum.. time interview dia tak tanya soalan like 'kenaoa nak jadi cikgu?' or something about pelan pendidikan negara, KPM .. Tiada ka?

    ReplyDelete
  12. syukran kathir ats perkongsian . sgt mmbntu . oldebes akk utk perjalanan hdup slps ni .
    27hb ni saya iv . doakan saya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon ada iv pada 27 haribulan ini :)

      Delete
  13. saat ni akan kurasa 30 April.. moga Allah mudahkan urusan.. THANKS FOR SHARING AWOK!! :)
    @ puterialiani09.blogspot.com

    ReplyDelete
  14. Assalam . Nak tnyaa ,so akak dpt tak twrn ipg tuu ?

    ReplyDelete